Utusan Borneo (Sabah)

Titik berat soal pendidikan anak-anak

-

TAWAU: Golongan ibu bapa di negeri ini disaran agar terus menitikber­atkan soal pendidikan anak-anak mereka selain berfikiran terbuka dengan menjadikan pendidikan sebagai agenda utama.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata ia penting dalam usaha melahirkan mayarakat yang berilmu dan memiliki minda kelas pertama.

“Kerajaan pada hari ini menyediaka­n kemudahan pendidikan bermula dari tahap prasekolah hingga ke peringkat universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyerahan bantuan awal persekolah­an di SK Batu Payung, di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata generasi muda hari ini adalah aset penting kerana mereka merupakan modal insan yang akan mewarisi pentadbira­n serta sebagai sumber menjana kekayaan negara.

Justeru, katanya, ibu bapa perlu memberi sokongan kepada semua aktiviti di sekolah sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulu­m.

“Usaha memartabat­kan pendidikan negara tidak boleh dilakukan satu pihak sebaliknya memerlukan semangat kerjasama semua iaitu kerajaan, guru dan ibu bapa.

“Usaha kolektif dan komprehens­if ini berupaya menjana buah fikiran serta input berguna bagi melahirkan modal insan berketramp­ilan,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 775 pelajar menerima bantuan persekolah­an berupa pakaian seragam sekolah serta alat tulis melibatkan tiga sekolah di Tawau termasuk SK Titingan, SK Inderasaba­h dan SK Batu Payung.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Tawau (PPD) Darmanshah Asakil, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Sarman Amat Simito, Pengurus Besar Kosan Siti Krismawati Hj Ahmad Mawah, Guru Besar SK Batu Payung Hasmah Hamzah dan Pengerusi PIBG Hasnah Janudi.

 ??  ?? TAWFIQ menyampaik­an bantuan kepada salah seorang murid.
TAWFIQ menyampaik­an bantuan kepada salah seorang murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia