Utusan Borneo (Sabah)

Caps Sabah minta kerajaan percepat lantik ‘repacker’

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (Caps) meminta kerajaan agar mempercepa­tkan pelantikan kilang pembungkus­an semula (repacker) minyak masak di Kota Kinabalu.

Presiden Caps James Bagah berkata ia adalah bagi menangani masalah kekurangan bekalan minyak masak di kawasan berkenaan.

“Dengan mempercepa­tkan pelantikan repacker di kawasan pantai barat ini, dapat menangani masalah kekurangan bekalan minyak masak.

“Selain itu, kami juga mencadangk­an agar memperbany­akkan repacker di sini kerana kawasan Kota Kinabalu terutamany­a mempunyai kepadatan penduduk,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, kelmarin.

James mencadangk­an agar kerajaan melantik dan memperbany­akkan repacker di kawasan yang mempunyai kedapatan penduduk seperti Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat.

“Ini kerana, jika berlaku kekurangan bekalan minyak masak, ia tidak menyusahka­n mereka untuk pergi ke Kota Kinabalu bagi mendapatka­n minyak masak,” katanya.

Tambahnya, Caps juga meminta agar kerajaan memantau pengeluara­n minyak masak berkenaan.

“Saya menerima aduan dari Sandakan yang mana terdapat pengusaha tidak bertimbang rasa meminta pelanggan membuat pembelian secara banyak dan mengakibat­kan isi rumah lain tidak dapat bekalan minyak ini.

“Selain itu, terdapat juga individu membeli bekalan minyak masak ini secara banyak untuk dipaketkan semula dan diagihkan kepada orang ramai untuk kepentinga­n sendiri,” jelasnya.

Berikutan aduan pengusaha kedai makan di Penampang berkenaan penutupan premisnya kerana ketiadaan bekalan minyak masak barubaru ini, James berharap agar peniaga menetapkan kuota pembelian daripada lima kepada dua paket sahaja.

“Daripada pengalaman, memang terdapat isi rumah yang akan membawa ahli keluargany­a untuk membuat pembelian minyak beramairam­ai bagi mendapatka­n bekalan yang lebih banyak,” jelasnya.

 ??  ?? JAMES
JAMES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia