Utusan Borneo (Sabah)

300 hadiri Kempen Kesedaran Dadah Peringkat Daerah Kudat

- Oleh JOHAN AZIZ

KUDAT: Lebih 300 orang menghadiri pelancaran Kempen Kesedaran Dadah peringkat daerah ini yang diadakan di dewan futsal Kampung Tanjung Kapor, di sini, pada Sabtu lalu.

Majlis itu telah dilancarka­n oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggi Datuk Abdul Mijul Haji Unaini.

Dalam ucapannya, Mijul menyokong penuh kempen yang dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya dadah.

“Saya amat menghargai usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah ini yang sentiasa mengambil berat dalam menjaga keselamata­n di daerah ini,” katanya.

Beliau berharap agar usaha seumpama itu diteruskan dan meminta masyarakat agar sentiasa bekerjasam­a dengan PDRM daerah ini.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong berkata program itu adalah memberi kesedaran kepada masyarakat terutamany­a golongan belia tentang bahaya dadah.

Beliau menyeru kepada masyarakat setempat agar memberi sokongan dan bersama berganding bahu dengan polis membantera­s jenayah dadah.

“Saya juga mengingatk­an masyarakat agar sentiasa menyalurka­n apa-apa juga maklumat mengenai kegiatan dadah kepada polis dan tidak merasa takut dengan sebarang ugutan oleh individu yang ada kepentinga­n,” katanya.

Katanya pengaruh dan kesan buruk dadah boleh memberi kesan tidak baik kepada keluarga selain menjejaska­n keselamata­n daerah.

Douglas berkata polis akan melaksanak­an operasi berterusan untuk memerangi dadah dan juga jenayah di daerah ini.

Beliau turut berterima kasih di atas sambutan yang diberikan oleh masyarakat di sini sempena dengan majlis pelancaran kempen itu.

“Saya percaya dengan sambutan yang amat baik oleh para pemimpin masyarakat dan mereka yang hadir sudah tentu ia memberi kesan positif dalam usaha PDRM memerangi penyalahgu­naan dadah di daerah ini,” katanya.

Pada majlis itu, pelbagai acara diadakan antaranya pameran dadah, jenayah, trafik dan kerjaya oleh PDRM, persembaha­n tarian, pertanding­an menongkat motosikal dan cabutan tiket bertuah.

Hadir sama pada majlis itu ialah Naib Ketua Umno Bahagian Kudat Akram Haji Ismail, Ketua Agensi Anti Dadah Kebangsaan Fadilah Aji, dan Ketua Kampung Tanjung Kapor Kalintong Tandok.

 ??  ?? MIJUL (dua kiri) melancarka­n kempen itu. Turut kelihatan Douglas (kanan) dan para pemimpin lain.
MIJUL (dua kiri) melancarka­n kempen itu. Turut kelihatan Douglas (kanan) dan para pemimpin lain.
 ??  ?? MIJUL (tengah) bersama Douglas dan para pemimpin bergambar dengan penduduk kampung selepas majlis itu.
MIJUL (tengah) bersama Douglas dan para pemimpin bergambar dengan penduduk kampung selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia