Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki kena lima tahun, sebat

Kesalahan berulang guna dadah

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mempunyai dua sabitan lampau atas kesalahan menggunaka­n dadah, dikenakan penjara lima tahun dan satu sebat, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin.

Azreen Zulkarnian dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Cindy Mc Juc e Balitus, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 39 C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta minimum tiga sebat.

Tertuduh yang didapati memasukkan dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e, pada 20 Disember tahun lalu jam 4.05 pagi, di lokap Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.

Sementara itu, seorang lagi lelaki dikenakan penjara 20 bulan atas kesalahan memiliki dadah, yang mana disabitkan mengikut Seksyen 12 (2) akta sama.

Shamsul Kassim dijatuhkan hukuman itu, selepas mengaku bersalah berada dalam milikannya dadah seberat 0.95 gram.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 7 Oktober tahun lalu jam 2 petang, di KK Times Square, di sini.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap.

Sementara itu, mahkamah menetapkan pada 20 Mac tahun ini sebagai tarikh pengurusan kes terhadap seorang lelaki warga asing yang didakwa mencuri lampu pelbagai fungsi.

Mahkamah membuat keputusan itu terhadap Azme Saudin, 23, selepas mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, sekiranya disabitkan bersalah boleh dikenakan penjara maksimum sepuluh tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Azme dituduh mencuri lampu berkenaan yang dianggarka­n bernilai RM500, pada 4 Februari tahun ini jam 8.30 malam, di sebuan pasar raya, di Penampang.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, tiada jaminan diberikan mahkamah ke atas tertuduh dan diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia