Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa beri wang untuk biaya perbuatan pengganas

-

KOTA KINABALU: Mahakamah Majistret di sini kelmarin, mengarahka­n kes terhadap seorang lelaki yang didakwa memberikan wang untuk membiayai perbuatan pengganas, dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi, di sini.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan itu terhadap Mohd Firdaus Asren Saptura, 35, yang didakwa atas empat pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 130N (b) Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak melebihi 30 tahun, dan denda serta boleh dilucuthak mana-mana harta yang dikumpul.

Pertama, tertuduh didakwa memberikan wang sebanyak RM600 kepada Bukhori Che Noor melalui akaun Maybank, yang diketahuin­ya akan digunakan untuk melakukan perbuatan pengganas.

Kesalahan itu dilakukan pada 30 April tahun lalu jam 3.50 petang, di Maybank Cawangan Karamunsin­g, di sini.

Kedua, tertuduh sekali lagi didakwa melakukan kesalahan sama memasukkan wang sebanyak RM600 ke dalam akaun individu yang sama, pada 1 April tahun lalu jam 4.16 petang, di Maybank Cawangan Putatan.

Ketiga, 2 Jun tahun lalu jam 11.16 malam, di Maybank Cawangan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini, tertuduh sekali lagi memberikan wang sebanyak RM600, melalui akaun bank milik Bukhori.

Keempat, pada 30 April tahun lalu jam 3.50 petang, di Maybank Cawangan Karamunsin­g, tertuduh secara tidak langsung memberikan wang sebanyak RM600 kepada Bukhori melalui akaun, bagi maksud yang sama.

Terdahulu, Husna memohon kepada mahkamah agar kes berkenaan dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi, untuk pendengara­n selanjutny­a.

Peguam Farazwin Haxday mewakili tertuduh yang kini direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah, sehingga kes selesai.

 ??  ?? MOHD Firdaus (tengah) keluar dari kamar mahkamah, selepas prosiding.
MOHD Firdaus (tengah) keluar dari kamar mahkamah, selepas prosiding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia