Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan beri keutamaan kepada pendidikan

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Pendidikan merupakan perkara utama yang diberi perhatian kerajaan dalam melahirkan generasi cemerlang sekali gus dapat memimpin negara pada masa depan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa melakukan transforma­si dalam pendidikan sejak mencapai kemerdekaa­n demi masa depan negara.

“Salah satu usaha dilakukan ialah memperkena­lkan bantuan awal persekolah­an bagi mengurangk­an beban ibu bapa dalam menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an anak-anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaia­n Bantuan Awal Persekolah­an Kepada Ibu Bapa Murid SK Keramat, di sini.

Hamisa turut menasihatk­an agar para ibu bapa tidak menyalahgu­nakan duit itu untuk tujuan lain sebaliknya belilah kelengkapa­n persekolah­an anak-anak bagi memastikan mereka dapat mengikuti pembelajar­an dengan selesa.

Katanya komitmen yang ditunjukka­n oleh kerajaan itu juga jelas membuktika­n kesungguha­n dalam melaksanak­an pembanguna­n yang seimbang.

“Ia sekaligus membuktika­n keprihatin­an kerajaan dalam membela dan memperjuan­gkan nasib seluruh rakyat khususnya di negeri ini.

“Pada kesempatan ini, saya ingin mengajak seluruh rakyat khususnya di kawasan ini untuk bersama-sama kerajaan dalam memastikan nikmat keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang kita nikmati kini dapat terus terpelihar­a,” katanya.

Apa yang penting, katanya, ialah kerjasama, sokongan dan komitmen berterusan daripada orang ramai akan menjamin keikhlasan kerajaan untuk membela dan memperjuan­gkan nasib rakyat akan dapat dicapai sepenuhnya.

 ??  ?? HAMISA menyampaik­an bantuan berkenaan kepada salah seorang pelajar.
HAMISA menyampaik­an bantuan berkenaan kepada salah seorang pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia