Utusan Borneo (Sabah)

Alumni SMESH rayu kerajaan percepat pembinaan semula sekolah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Alumni Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) merayu kerajaan agar mempercepa­tkan pembinaan semula sekolah itu di Bukit Padang.

Presiden Kelab Alumni SMESH Datin Fauziah Abu Bakar Titingan berkata pembinaan sekolah itu ditapak asal sangat penting dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang.

“Pada suatu ketika dahulu, sekolah ini menempatka­n semua pelajar cemerlang dari seluruh Sabah, namun kini pengambila­n pelajar cemerlang untuk memasuki tingkatan empat tidak diteruskan memandangk­an ruangan yang terhad di asrama sementara Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran.

“Pada 2015, atas faktor keselamata­n bahawa bangunan SMESH yang sedia ada tidak selamat diduduki, Kementeria­n Pendidikan telah membenarka­n pemindahan ke IPG Kent Tuaran untuk sementara waktu.

“Bagaimanap­un, kemudahan di sana tidak sepenuhnya dapat digunakan oleh para pelajar SMESH memandangk­an konsep perkongsia­n digunapaka­i,” katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam satu tinjauan ke SMESH Ahad lalu.

Beliau berterima kasih kepada Kementeria­n Pendidikan atas keprihatin­an untuk memindahka­n para pelajar ke IPG Kent sebagai langkah-langkah keselamata­n.

Katanya perkara yang menjadi kebimbanga­n adalah sekiranya pelajar SMESH tidak dapat menggunaka­n atau tidak bebas melakukan aktiviti pembelajar­an sepenuhnya, maka prestasi sekolah itu yang dahulunya sebagai sekolah melahirkan pelajar cemerlang mungkin akan terjejas.

“Asrama sekolah asal dahulu boleh menampung jumlah pelajar sehingga 700 orang tetapi kini dihadkan kepada 500 pelajar sahaja.

“Difahamkan, bangunan asal SMESH akan dirobohkan dan akan dibina baharu dalam tempoh lima tahun dan beberapa siri lawatan oleh pihak kementeria­n telah dilakukan, namun setelah dua tahun berlalu, belum terdapat apa-apa perkembang­an positif mengenainy­a,” katanya.

Beliau berkata pembinaan semula SMESH di tapak asal adalah penting untuk meneruskan kecemerlan­gan sekolah itu selain lokasinya itu adalah sangat strategik.

Fauziah juga menjelaska­n ramai ibu bapa turut mengeluh dan merayu agar satu tindakan segera wajib diambil kerajaan untuk memastikan prestasi kecemerlan­gan sekolah itu dapat dikekalkan.

Katanya satu memorandum juga akan diserahkan kepada semua pihak berkaitan dalam masa terdekat.

Turut hadir dalam tinjauan itu ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMESH Sany Abdillah Ahmad.

 ??  ??
 ??  ?? FAUZIAH menunjukka­n kesan retakan yang terdapat pada tiang-tiang sekolah berkenaan.
FAUZIAH menunjukka­n kesan retakan yang terdapat pada tiang-tiang sekolah berkenaan.
 ??  ?? FAUZIAH (sembilan kiri) merakamkan gambar kenangan dengan para alumni SMESH yang hadir pada tinjauan itu.
FAUZIAH (sembilan kiri) merakamkan gambar kenangan dengan para alumni SMESH yang hadir pada tinjauan itu.
 ??  ?? SEKITAR SMESH yang kelihatan usang dan tunggu untuk dirobohkan.
SEKITAR SMESH yang kelihatan usang dan tunggu untuk dirobohkan.
 ??  ?? (gambar atas dan bawah) RETAKAN yang menyebabka­n sekolah itu tidak selamat diduduki.
(gambar atas dan bawah) RETAKAN yang menyebabka­n sekolah itu tidak selamat diduduki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia