Utusan Borneo (Sabah)

‘Tidak dapat terima tekanan kerja’

KSN kesal dengan isu ketidakhad­iran pegawai perubatan ke tempat kerja

-

KLANG: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa melahirkan rasa kesal dengan aduan terdapat pengamal perubatan di hospital kerajaan yang terpaksa dibuang kerja berikutan ketidakhad­iran ke tempat kerja untuk tempoh masa yang begitu lama.

Beliau berkata mengikut laporan yang diterima dari Jawatankua­sa Tatatertib Kementeria­n Kesihatan, ada beberapa pegawai baharu yang menjalani latihan gagal hadir ke tempat kerja untuk tempoh masa lama sehingga mencecah ratusan hari dipercayai kerana tidak dapat menerima tekanan di tempat kerja.

Katanya, perkara ini perlu ditangani secara baik oleh Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dan kementeria­n itu berikutan ia boleh memberikan kesan terhadap nama baik profesiona­lisme pengamal perubatan dan imej negara.

“Mungkin tekanan kerja, bila datang keadaan kehidupan sebenar, mungkin ada yang tidak boleh ambil tugas yang seberat begitu yang mana pengamal perubatan lain mengamalka­nnya sejak Merdeka lagi,” katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini kelmarin.

Ali berkata pegawai perubatan yang gemar ‘hilang’ dari tugas, harus sedar atas pengorbana­n ibu bapa mereka yang terpaksa berbelanja ratusan ribu ringgit bagi membiayai kos pengajian mereka.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis amanat kepada warga kerja HTAR, beliau berkata kadar buang kerja melibatkan penjawat awam di sektor perubatan adalah antara yang tertinggi di Malaysia.

Beliau bagaimanap­un berkata, pihaknya tidak mempunyai bilangan pegawai perubatan yang dibuang kerja dan akan mendapatka­n maklumat terperinci daripada JPA dalam masa terdekat.

Mengenai dakwaan negara ini mempunyai terlalu ramai penjawat awam berbanding negara lain, Ali berkata perbanding­an itu tidak tepat kerana definisi perkhidmat­an awam di setiap negara berbeza.

Beliau berkata terdapat bilangan penjawat awam yang ramai di negara ini disebabkan Malaysia mengiktira­f perkhidmat­an kritikal dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai perkhidmat­an awam berbanding negara lain yang melakukan sebaliknya.

Awal bulan ini, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dilapor berkata, terdapat seorang penjawat awam kepada setiap 19.37 orang di negara ini.

Media melaporkan nisbah penjawat awam kepada penduduk di negara lain seperti Singapura ialah 1:71.4 orang, Indonesia 1:110 orang, Korea 01:50 orang, China 1:108 orang, Jepun 1:28 orang, Rusia 1:84 orang dan United Kingdom 1:118 orang. - Bernama

“Mungkin

tekanan kerja, bila datang keadaan kehidupan sebenar, mungkin ada yang tidak boleh ambil tugas yang seberat begitu yang mana pengamal perubatan lain mengamalka­nnya sejak Merdeka lagi. TAN SRI DR ALI HAMSA Ketua Setiausaha Negara

 ??  ?? KETUA Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa (dua, kiri) melawat ruang pameran sempena Program Walkabout Persekitar­an Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, kelmarin. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr...
KETUA Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa (dua, kiri) melawat ruang pameran sempena Program Walkabout Persekitar­an Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, kelmarin. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia