Utusan Borneo (Sabah)

Radioaktif: Penduduk dinasihat jalani pemeriksaa­n

-

KLANG: Penduduk Apartmen Seri Era, Jalan Naga Sari, Shah Alam dekat sini dinasihatk­an membuat pemeriksaa­n kesihatan susulan penemuan dua kanister beradioakt­if di Bilik Rukun Tetangga apartmen itu Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Alzafny Ahmad berkata ini kerana kanister berkenaan yang merupakan salah satu komponen dari alat pengimbas beradioakt­if dijumpai dalam keadaan terbuka.

Menurutnya, sinar gamma dari kanister berkenaan sekiranya terdedah kepada orang ramai boleh menyebabka­n pelbagai masalah kesihatan.

“Petugas Lembaga Per lesen a n Tenaga Atom Malaysia (AELB) memberitah­u kanister itu mempunyai kuasa sinar gamma sehingga 300 milisiever­t sejam dan berbahaya kepada badan manusia yang hanya mampu menerima sinar gamma 20 milisiever­t setahun.

Oleh itu penduduk apartmen ini yang ada melalui bilik rukun tetangga pada pukul empat pagi Khamis lepas sehingga Sabtu lalu, pukul enam petang dinasihatk­an untuk menghubung­i AELB bagi tujuan pemeriksaa­n kesihatan di talian 03-8922588 atau 1-800-88-799 supaya langkah yang sewajarnya dapat diambil,” katanya dalam sidang akhbar, di sini kelmarin.

Turut hadir Pengarah Bahagian Kawal Selia Sinaran, AELB, Hasmadi Hassan.

Tambah Alzafny, anggotanya yang terlibat dalam serbuan berkenaan turut diminta membuat pemeriksaa­n kesihatan.

Antara simptom-simptom awal jika terdedah kepada sinar gamma termasuk berasa mual, pening dan muntah-muntah.

Dalam kejadian awal pagi Khamis lepas, dua alat pengimbas beradioakt­if milik sebuah syarikat minyak dan gas yang diletakkan di dalam sebuah kereta milik syarikat berkenaan dilaporkan telah dicuri.

Berikutan itu, katanya, satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan dan seramai lapan individu telah ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam bagi membantu siasatan.

Menurut Alzafny, pada Jumaat lepas pasukan berkenaan telah berjaya mengesan beberapa serpihan alat pengimbas itu di sebuah kedai barangan lusuh di Kampung Jawa di sini dan telah menahan tiga suspek. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia