Utusan Borneo (Sabah)

Papar persinggah­an strategik

Pemaju dipuji bangun projek di pinggir Lebuhraya Pan Borneo

- Oleh JOHN TAMBANAN

WSG Properties Sdn Bhd di bawah kepimpinan Datuk Susan Wong Siew Guen telah membuat satu langkah yang sangat berpandang­an jauh dan bijak untuk membangunk­an projek hartanah di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo, iaitu Pusat Komersil

Papar.” Benoni (BCC) yang terletak hanya 3 kilometer dari Pekan DATUK JOHNNY MOSITUN Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah

PAPAR telah menjadi satu pekan persinggah­an yang sangat strategik dengan pelaksanaa­n Lebuhraya Pan Borneo yang menghubung­kan Sabah, Sarawak dan Brunei melalui jalan raya.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Johnny Mositun berkata WSG Properties Sdn Bhd di bawah kepimpinan Datuk Susan Wong Siew Guen telah membuat satu langkah yang sangat berpandang­an jauh dan bijak untuk membangunk­an projek hartanah di sepanjang Lebuhraya Pan Borneo, iaitu Pusat Komersil Benoni (BCC) yang terletak hanya 3 kilometer dari Pekan Papar.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran BCC Fasa 3 dan penyerahan kunci BCC Fasa 1 kepada pembeli, di sini, pada Ahad.

Mositun percaya BCC mempunyai potensi yang besar dalam menyediaka­n pulangan pelaburan menarik kepada pembeli apabila Lebuhraya Pan Borneo telah siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.

Beliau berkata BCC akan mempunyai 175 unit dua dan tiga tingkat lot kedai apabila siap kelak, terdiri daripada pusat beli-belah, pasaraya besar, stesen minyak dan makanan segera persinggah­an kenderaan. Katanya BCC juga menyediaka­n 230 unit kediaman yang dijual pada harga berpatutan untuk menampung peniaga dan pelajar luar Papar Middle School.

“Selain itu, BCC juga akan menyediaka­n banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di Papar,” katanya sambil menambah, BCC berada di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah yang baharu, iaitu Limbahau.

Mositun juga memuji Susan sebagai ahli perniagaan berjaya yang telah memberikan

nilai untuk wang hartanah komersil kepada pembeli dan pelabur.

Selain pembanguna­n komersil, beliau berkata Papar mempunyai potensi yang besar untuk pelaburan dalam sektor pelanconga­n.

“Sebagai seorang pemimpin di sini, saya berharap kita boleh melakukan lebih banyak di Limbahau,” katanya. Sementara itu, Susan yang juga Pengarah Urusan WSG Group berkata mereka yang mempunyai kewangan perlu melabur dalam hartanah untuk mengekalka­n nilai tunai mereka terhadap ringgit yang lemah.

Beliau berkata pelaburan dalam BCC akan menghasilk­an pulangan yang menarik kerana nilai lot kedai akan meningkat apabila Lebuhraya Pan Borneo siap pada 2019.

Dua baris pertama BCC Fasa 1 telah mendapat Sijil Menduduki (OC) manakala OC untuk baris selebihnya dijangka siap pada bulan Mac.

Susan berkata BCC terletak di tanah seluas 40 ekar yang terletak bersebelah­an dengan Lebuhraya Pan Borneo. Fasa 1 terdiri daripada 65 unit rumah kedai dua tingkat yang telah siap sepenuhnya.

“Sebanyak 15 unit di barisan pertama Fasa 1 telah dibeli oleh Golden Dragon City Supermarke­t.

“Saya telah dimakmumka­n bahawa mereka bergegas untuk mengubah suai unit ini untuk membuka untuk perniagaan sebelum sambutan Hari Raya tahun ini,” katanya.

Fasa 2 terdiri daripada 64 unit rumah kedai dua tingkat yang telah mencapai penyiapan 50 peratus, dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Fasa 3 yang baharu dilancarka­n terdiri daripada 56 unit rumah kedai tiga tingkat dan kini dibuka untuk jualan.

Selain unit komersil, Susan berkata pembanguna­n itu juga termasuk Benoni Gardens Apartment dengan 230 unit dalam jumlah harga dari RM238,000 ke atas.

Majlis itu turut menyaksika­n sumbangan sebanyak RM50,000 oleh WSG Properties Sdn Bhd kepada asrama pelajar baru Papar Middle School.

Turut hadir ialah pengarah WSG Group Datuk Wong Ten An, Vanessa Wong, Melissa Wong, Jonathan Wong dan ibu Susan, Datin Seri Panglima Chen Si Mui.

 ??  ?? MOSITUN (tiga dari kanan) diberi taklimat oleh Susan (dua kanan) dan Ten Ann (tiga dari kiri) mengenai projek Pusat Komesial Benoni (BCC) Benoni dan
lokasi Fasa 3 BCC Benoni.
MOSITUN (tiga dari kanan) diberi taklimat oleh Susan (dua kanan) dan Ten Ann (tiga dari kiri) mengenai projek Pusat Komesial Benoni (BCC) Benoni dan lokasi Fasa 3 BCC Benoni.
 ??  ?? MOSITUN (enam kanan) menyaksika­n penyampaia­n replika cek sebanyak RM40,000 oleh Susan (lima kiri), Ten An (empat kiri) dan Chen (enam kiri) kepada Chee Man Foh, pengerusi Lembaga Pengelola Papar Middle School, turut kelihatan Melissa, Jonathan, Jason,...
MOSITUN (enam kanan) menyaksika­n penyampaia­n replika cek sebanyak RM40,000 oleh Susan (lima kiri), Ten An (empat kiri) dan Chen (enam kiri) kepada Chee Man Foh, pengerusi Lembaga Pengelola Papar Middle School, turut kelihatan Melissa, Jonathan, Jason,...
 ??  ?? MOSITUN (tengah) menyaksika­n majlis penyerahan kunci kepada Golden Dragon City Supermarke­t dan pembeli lain, turut kelihatan dari kir Melissa, Vanessa, Jonathan, Jason, Susan, Ten An dan yang lain.
MOSITUN (tengah) menyaksika­n majlis penyerahan kunci kepada Golden Dragon City Supermarke­t dan pembeli lain, turut kelihatan dari kir Melissa, Vanessa, Jonathan, Jason, Susan, Ten An dan yang lain.
 ??  ?? MOSITUN (enam dari kiri) melancarka­n Fasa 3 BCC, turut kelihatan Susan (empat dari kanan), dan dari kiri Melissa, Datuk Paul Kong, Jason, Ten An, Chen dan yang lain.
MOSITUN (enam dari kiri) melancarka­n Fasa 3 BCC, turut kelihatan Susan (empat dari kanan), dan dari kiri Melissa, Datuk Paul Kong, Jason, Ten An, Chen dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia