Utusan Borneo (Sabah)

Australia berjaga-jaga kes tipu cinta

-

Cinta mungkin sedang hangat bulan ini namun Hari Saint Valentine juga waktu puncak penipuan hati yang keseoranga­n untuk mendapatka­n wang, sebuah badan kerajaan Australia memberi amaran semalam.

Penipuan cinta menyebabka­n mangsa kerugian lebih banyak berbanding sebarang bentuk penipuan lain, kebanyakan­nya berusia lebih 45 tahun, jelas Suruhanjay­a Pertanding­an dan Pengguna Australia (ACCC).

Media sosial, terutamany­a Facebook, alat paling popular dengan tahun lepas 4,100 rakyat Australia telah menghubung­i perkhidmat­an Scamwatch suruhanjay­a itu untuk melaporkan penipuan dengan kerugian lebih AUS$25 juta.

Laporan meningkat lebih satu pertiga pada 2016, menurut ACCC, dan jumlah wang yang dilaporkan hilang meningkat AS$3 juta berbanding 2015.

“Amat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda amaran,” kata timbalan pengerusin­ya Delia Rickard.

“Penipu menghasilk­an profil yang amat dipercayai, termasuk mencuri identiti orang sebenar yang dipercayai.

“Sekiranya anda menemui seseorang yang kelihatan terlalu baik, selidik sedikit,” jelas Rickard.

Beliau turut memberikan amaran terhadap orang yang pantas menyuaraka­n perasaan.

Scamwatch menasihati agar tidak memberi maklumat kewangan atau menghantar wang kepada orang yang ditemui dalam talian.

Gelintar Google Image bagi memeriksa kesahihan sebarang gambar.

Selain itu, berhati-hati menggunaka­n laman s esa wang temu janji kerana penipu lebih suka menggunaka­n e-mel atau telefon peribadi, serta jangan berkongsi gambar dengan orang yang baharu dikenali. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia