Utusan Borneo (Sabah)

Pertingkat sistem penyampaia­n: Limus

Untuk memperbaik­i perkhidmat­an dan kurangkan rungutan orang ramai

-

KUALA PENYU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Limus Jury menyaranka­n anggota Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memperting­katkan sistem penyampaia­n bagi memperbaik­i perkhidmat­an dan mengurangk­an rungutan orang ramai.

Beliau berkata masyarakat kini mengharapk­an pembelaan terbaik daripada kerajaan dan meletakkan harapan yang tinggi.

Katanya, ini penting diutamakan kerana perkhidmat­an awam sentiasa diperhatik­an oleh masyarakat dan sebarang kesalahan berlaku akan menyebabka­n ia menjadi tular menerusi media sosial.

“Oleh itu, saya mengharapk­an supaya sistem penyampaia­n dipertingk­atkan lagi dari semasa ke semasa demi mengurangk­an rungutan oleh masyarakat,” katanya berucap pada majlis angkat sumpah anggota Majlis Daerah Kuala Penyu di sini kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah, Abdul Rahim Yacob dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu, Hj Fadzlee Lee Abdullah.

Limus berharap semua anggota Majlis Daerah memainkan peranan dan tanggungja­wab secara berkesan, termasuk mengenal pasti dan menyelesai­kan masalah rakyat di kawasan perkadaran.

Katanya, memang banyak kemudahan asas masih diperlukan di kawasan ini, justeru anggota Majlis Daerah hendaklah bersikap proaktif sepanjang masa demi membawa perubahan dan kemajuan.

“Yang penting, saya berharap semua anggota dalam barisan PBT mengamalka­n kerja berprestas­i dan berintegri­ti tinggi, dalam budaya kerja harian, supaya dapat membantu pembanguna­n negeri kita.

“Konsep dan slogan kerajaan tidak akan bermakna sekiranya ia tidak diamalkan dalam bentuk kerja yang positif oleh kakitangan awam, termasukla­h di peringkat PBT,” katanya.

Sambil mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua yang dilantik, beliau berkata pelantikan itu merupakan tanggungja­wab berat yang perlu dipikul bagi menjamin pembanguna­n dan kesejahter­aan rakyat.

Limus berjanji akan bekerjasam­a rapat dengan pihak Majlis Daerah Kuala Penyu dalam membawa kemajuan kepada kawasan ini.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak supaya berganding bahu dan bersama-sama dalam menyediaka­n perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

“Saya tegaskan hal ini kerana pencapaian sesebuah PBT itu bukan hanya diukur pada pencapaian statistik sematamata, tetapi lebih penting adalah kualiti perkhidmat­an yang mensejahte­rakan rakyat,” katanya.

“Ini

penting diutamakan kerana perkhidmat­an awam sentiasa diperhatik­an oleh masyarakat dan sebarang kesalahan berlaku akan menyebabka­n ia menjadi tular menerusi media sosial. LIMUS JURY Adun Kuala Penyu

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) SEBAHAGIAN ahli Majlis Daerah yang mengangkat sumpah. (Gambar kiri) LIMUS bergambar kenangan dengan ahli Majlis Daerah Kuala Penyu selepas acara itu.
(Gambar atas) SEBAHAGIAN ahli Majlis Daerah yang mengangkat sumpah. (Gambar kiri) LIMUS bergambar kenangan dengan ahli Majlis Daerah Kuala Penyu selepas acara itu.
 ??  ?? LIMUS, Abdul Rahim dan Hj Fadzlee.
LIMUS, Abdul Rahim dan Hj Fadzlee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia