Utusan Borneo (Sabah)

Sabah bakal punyai Kompleks Pemasaran Tani

- Oleh DELLROY

Fama bincang dengan kerajaan mengenai lokasi strategik

Pembinaan struktur kompleks ini nanti akan mengetenga­hkan adat budaya suku kaum yang ada di Sabah selain menjadi pusat pengumpula­n hasil pertanian dari seluruh negeri, sekaligus menarik kedatangan para pelancong dari luar dan dalam negara ke kompleks ini nanti. TAN SRI HAJI BADRUDDIN AMIRULDIN Pengerusi Fama

TENOM: Sabah bakal mempunyai sebuah Kompleks Pemasaran Tani Tamu yang akan dibina berhampira­n Bandaraya Kota Kinabalu.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) Malaysia Tan Sri Haji Badruddin Amiruldin berkata kompleks berkenaan hampir sama seperti Pasar Tani di Satok, Kuching Sarawak.

Katanya pembinaan kompleks itu akan diusahakan dalam tahun ini selepas rundingan bersama dengan pihak kerajaan negeri untuk mengenalpa­sti lokasi yang strategik.

“Pembinaan struktur kompleks ini nanti akan mengetenga­hkan adat budaya suku kaum yang ada di Sabah selain menjadi pusat pengumpula­n hasil pertanian dari seluruh negeri, sekaligus menarik kedatangan para pelancong dari luar dan dalam negara ke kompleks ini nanti.

“Dalam memperkasa­kan lagi sektor pertanian di negeri ini, Fama juga akan membina medan tamu buah-buahan tempatan di setiap daerah yang belum ada selain mewujudkan mini pusat pengumpula­n hasil pertanian di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi bagi memudahkan para petani dan pekebun mengumpul hasil pertanian untuk dipasarkan oleh pihak Fama pada masa akan datang.

“Sementara itu, pembinaan Pusat Pengumpula­n HasilHasil Pertanian di Tenom dijangka akan siap pada bulan Mei tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MOU) di antara 16 usahawan Peserta Ladang Kontraktor Daerah Tenom dan Keningau dengan pihak Fama di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, di sini, kelmarin.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Badruddin turut mengumumka­n bahawa berkuatkua­sa hari ini, Fama Malaysia telah menetapkan harga sekilogram bagi setandan pisang untuk pelbagai jenis pisang adalah 80 sen berbanding sebelum ini.

Katanya usaha itu adalah bagi membantu para penduduk di seluruh negara untuk meningkatk­an lagi pendapatan sampingan mereka.

“Fama akan menjadi pembeli yang konsisten dan berterusan kepada hasil pertanian khususnya di daerah Tenom.

“Fama tidak mengambil keuntungan terhadap petani dan dalam masa sama, tidak mahu para petani rugi dalam memasarkan hasil pertanian dengan harga yang dimanipula­si oleh pihak tertentu,” katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tenom merangkap Pengerusi Majlis Pembanguna­n Pertanian Peladang Tenom Datuk Raime Unggi, Adun Kemabong Datuk Rubin Balang, Ketua Pengarah Fama Malaysia Dato Ahmad Ishak, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan.

 ??  ?? BADRUDDIN (tengah) menyampaik­an replika cek kepada salah seorang usahawan.
BADRUDDIN (tengah) menyampaik­an replika cek kepada salah seorang usahawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia