Utusan Borneo (Sabah)

Tiada cawangan Umno di Putatan dibubar: Yahya

-

PUTAT A N: Tiada cawangan Umno di bahagian Putatan dibubarkan dan menyertai parti pembangkan­g kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Katanya dakwaan parti pembangkan­g kononnya sebanyak 44 cawangan Umno dalam bahagian itu telah bubar dan ahli telah menyertai parti itu adalah tidak benar.

“Tiada satu pun cawangan Umno yang dibubarkan. Tidak dinafikan terdapat dua ketua cawangan telah memilih meninggalk­an Umno, tetapi cawangan mereka tidak dibubarkan kerana tiada ahli lain yang mengikut jejak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Keluarga Umno Daerah Mengundi Petagas di Kampung Sekambu, Petagas, di sini, kelmarin.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Putatan Datuk Haji Arsit Sedi, Naib Ketua Bahagian Assan Nasib, Ketua Wanita Umno Bahagian Juriah Palasin, Setiausaha Bahagian Ishar Ramli, Bendahari Bahagian Datuk Haji Ibrahim Laiman Diki, pengerusi penganjur Haji Sahib Jamrah, dan pemimpin Umno pelbagai peringkat.

Yahya yang juga Ketua Umno Bahagian Putatan berkata dakwaan parti pembangkan­g itu adalah tidak benar dan sengaja direka bagi memberi gambaran bahawa mereka mendapat sambutan daripada rakyat.

“Sebenarnya, parti itu tidak mendapat sambutan di kawasan Putatan. Hanya satu dua orang sahaja ahli Umno yang menyertai mereka,” katanya.

Yahya berkata pemimpin pembangkan­g itu telah menjajah ke banyak tempat dalam kempen mereka bahawa banyak cawangan Umno di bahagian lain juga telah dibubarkan dan ahlinya menyertai parti Warisan.

“Pemimpin parti itu bercakap bohong dan sengaja mereka-reka ceri tayang tidak benar untuk mempengaru­hi rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an ahli Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak mudah terpengaru­h dengan dakyah yang digunakan oleh parti pembangkan­g itu.

Yahya yang Adun Petagas berkata dakwaan bahawa rakyat di kawasan Putatan ‘terseksa’ di bawah pemerintah­an kerajaan BN, juga tidak benar dan tidak berasas.

“Tiada pemimpin BN dan kerajaan yang menyeksa orang. Ini tuduhan yang tidak logik. Jelas parti pembangkan­g tidak mempunyai isu yang dapat menarik sokongan rakyat,” katanya.

Katanya parti pembangkan­g baharu itu tidak mempunyai isu dan modal yang hendak dijajah dalam kempen mereka selain membuat tuduhan tidak benar terhadap kepimpinan Kerajaan Pusat dan Negeri.

Beliau juga mengingatk­an ahli Umno di kawasan Putatan agar tidak terikutiku­t dan terpengaru­h dengan saudara atau rakan mereka yang bertindak meninggal Umno hanya kerana kepentinga­n diri.

 ??  ?? YAHYA (lima dari kiri) bersama pemimpin Umno Bahagian Putatan ketika melancarka­n sambutan Majlis Keluarga Umno Pusat Daerah Mengundi Petagas di Kampung Sekambu.
YAHYA (lima dari kiri) bersama pemimpin Umno Bahagian Putatan ketika melancarka­n sambutan Majlis Keluarga Umno Pusat Daerah Mengundi Petagas di Kampung Sekambu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia