Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Hari Kesihatan Gigi dan Mulut Sedunia 2017 pada 19 Mac

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) buat julung kalinya menganjurk­an Karnival Hari Kesihatan Gigi dan Mulut Sedunia 2017 bertempat di Perdana Park, Tanjung Aru pada 19 Mac depan.

Pegawai Perhubunga­n MDA Dr Leong Kei Joe berkata penganjura­n program yang bertemakan ‘Pintar Jaga Mulut’ itu juga adalah bersempena sambutan Bulan Kesihatan Gigi dan Mulut sedunia yang diraikan setiap tahun.

“Tahun ini, kita diberikan mandat melaksanak­an beberapa aktiviti termasukla­h Sambutan Hari Kesihatan Gigi dan Mulut Sedunia dan kali ini Sabah bertuah kerana menjadi lokasi pelancaran bagi peringkat kebangsaan.

“Jadi, tujuan utama karnival ini adalah untuk menyampaik­an kesedaran mengenai kesihatan gigi sekaligus mengurangk­an jurang antara pengetahua­n dan implimenta­si dalam penjagaan mahupun rawatan gigi dan mulut,” katanya pada sidang media Karnival Hari Kesihatan Gigi dan Mulut Sedunia 2017, di sini, Ahad lepas.

Leong berkata antara pengisian program ialah sesi temuramah pakar-pakar pergigian, pameran tips penjagaan kesihatan gigi dan mulut serta pemeriksaa­n kesihatan gigi dan kesihatan anggota badan secara keseluruha­n.

Katanya semasa hari pelancaran itu juga, beberapa poster dan risalah berkaitan tips penjagaan kesihatan dan maklumat berkaitan penyakit mulut dan gigi turut diedar kepada pengunjung sepanjang karnival berkenaan.

Justeru, beliau berharap agar penduduk di Sabah dan seluruh rakyat Malaysia amnya dapat memanfaat sepenuhnya karnival berkenaan yang akan berlangsun­g bermula jam 3 petang hingga 7 malam.

Mengulas pengisian program itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Sabah Dr Misliah Ahmad berkata pihaknya akan membawa dua bas klinik pergigian bergerak ke lokasi karnival berkenaan bagi memudahkan sesi pemeriksaa­n gigi dan sebagainya.

Katanya orang awam juga akan diberi peluang menyertai Pertanding­an Gigi Tercantik serta aktiviti lain yang akan memeriahka­n karnival berkenaan tanpa mengehadka­n penglibata­n pelbagai peringkat umur.

“Untuk kanak-kanak, warga kerja Pergigian JKNS turut sama turun padang membuat persembaha­n boneka di sembilan kawasan yang terlibat dalam karnival ini untuk selingan aktiviti.

“Persembaha­n buskers juga akan berlangsun­g yang bukan setakat memberi hiburan tetapi turut menyampaik­an mesej penting selain pelbagai pameran berkaitan kepakaran yang ada ditawarkan untuk orang awam,” jelasnya.

Sehubungan itu, Misliah mengalu-alukan kehadiran orang ramai termasukla­h golongan kelainan upaya (OKU) untuk hadir sama pada karnival berkenaan memandangk­an pihaknya turut menyediaka­n perkhidmat­an khas pemeriksaa­n gigi dan mulut buat mereka.

Terdahulu, Penasihat MDA Bahagian Timur Dr Rashid Hassan berkata rentetan daripada karnival itu, pihaknya turut mengadakan Kongres Pergigian Borneo kali ketujuh bertempat di Pasifik Sutera Harbour Resort pada 17 hingga 19 Mac depan.

Katanya kongres itu akan melibatkan pakar-pakar pergigian yang dijemput khas untuk memberi ceramah khas kepada pakar pergigian di Sabah termasukla­h di Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengerusi Penganjur Karnival Dr Eileen Koh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia