Utusan Borneo (Sabah)

Hiasan dan trend terkini menghias rumah dalam ‘Inspirasi & Idea’ di TVi

- Dari muka B12

RUMAH bergaya, visual yang menakjubka­n, hiasan dan trend terkini, juga idea menghiburk­an yang memberi inspirasi. Dapatkan idea dan tip kediaman ini setiap hari Rabu, jam 12.00 tengah hari menerusi rancangan bertajuk ‘Inspirasi & Idea’.

Program ini memaparkan senibina yang menarik dan juga memberi inspirasi dan idea kepada penonton untuk menghias ruang rumah kediaman.

Sedang bersiaran menerusi saluran TVi, Astro 180, 13 episod program ini dihoskan oleh Nadia Nash, Aznol Hadi dan Faizal Oda.

Menerusi episod pengenalan mengetenga­hkan paparan kisah Melayu Urban yang menceritak­an ilham kediaman tradisi melayu merentas masa dan gaya hidup masa kini.

Bagaimana aliran semasa disuntik dengan elemen melayu agar tidak pudar dari semasa ke semasa dan kekal hidup dalam arus trend masa kini. Beberapa usaha telah dilakukan antaranya tuan rumah dalam segmen ‘Inspirasi Ruang’ yang menggabung­kan elemen moden, klasik dan melayu dalam satu ruang.

Seterusnya dalam segmen ‘Sentuhan Peribadi’ memberikan kita ilham bagaimana perhiasan pusaka atau perhiasan lama boleh kita simpan, pelihara dan abadikan sebagai sebahagian daripada hiasan masa kini.

Tidak kurang menariknya segmen ‘Identiti’ mencari jawapan ke mana arah tata hias dan kesenian melayu dalam arus masa kini. Pereka pilihan Dean Daud diajukan soalan agar khalayak sama-sama mendapat inspirasi untuk masyarakat menyesuai pada elemen kesenian melayu dalam seni hias kediaman mereka.

Ikuti episod menarik antaranya Apartmen Kompak, di mana hos berkongsi tip bagaimana menghias ruang yang terhad menjadi ilusi ruang yang luas. Episod ini pastinya berguna kepada pemilik rumah apartmen yang mahu kan kediaman mereka tampak kemas dan selesa.

Episod Moroccan pula membawa penonton mengikuti perkembang­an semasa bagi mereka yang memilih konsep Morocco dalam menghias kediaman mereka dari sudut senibina, aksesori mahu pun pilihan warnanya.

Dalam pisod Urban Oriental tidak kurang menariknya memberikan inspirasi dari China, Korea, dan Jepun yang menggabung­kan elemen moden dan oriental. Saksikan banyak lagi tip berguna secara percuma dengan mengikuti keseluruha­n 13 episod program ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? NADIA NASH
NADIA NASH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia