Utusan Borneo (Sabah)

Sentiasa utamakan rakyat

JTS diarah sukat semula NCR di Tanjong Datu, selesai masalah Bumiputera di situ termasuk seluruh Sarawak

-

LUNDU: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg telah mengarahka­n Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak melakukan penyukatan semula tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Beliau menegaskan bahawa penyukatan semula tanah NCR itu penting bagi menyelesai­kan masalah majoriti penduduk Bumiputera di kawasan tersebut termasuk di seluruh Sarawak.

"Saya telah mengarahka­n JTS untuk menjalanka­n penyukatan semula di kawasan ini agar surat hak milik tanah NCR dapat dikeluarka­n kepada pemilik tanah.

"Saya tahu apa yang berlaku di sini, insya-Allah selagi saya masih menjadi Ketua Menteri saya akan selesaikan masalah ini kerana kita mahu menjaga kepentinga­n rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Pemimpin Bersama Komuniti Zon Sampadi di Dewan Masyarakat Kampung Sampadi Lundu di sini, pada Ahad.

Malah, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi menegaskan bahawa kerajaan negeri akan memberi kata putus supaya ia memihak kepada rakyat dalam keputusan dalam hal tersebut.

"Kita mahu rakyat hidup selesa, rakyat dapat mencari rezeki, tanah ini yang dipegang oleh tuan-tuan dan puan-puan sekiranya dokumen cukup kerajaan akan memberi tanah itu kepada tuan-tuan dan puanpuan.

"Maka, dalam hubungan ini kita akan menggunaka­n undang-undang yang ada untuk menyelesai­kan masalah tanah NCR di sini termasuk Kampung Sampadi," tambahnya.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan itu menasihati penduduk yang telah mendapat surat hak milik tanah agar tidak menjual tanah mereka.

"Jangan dijual, itu sahaja harta kita, harta orang Bumiputera, jangan sekali dijual kalau surat hak milik sudah dikeluarka­n, bangunkan tanah itu kerana kerajaan sedang membangunk­an kawasan ini," katanya.

Pada masa sama Abang Johari mendedahka­n bahawa Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah memberi amanah untuk menyelesai­kan isu berkaitan tanah NCR di negeri ini.

"Perkara ini merupakan pesanan terakhir Allahyarha­m Tok Nan kepada saya dan Uggah (Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas)," jelasnya.

Selain itu, beliau turut meminta pengundi di DUN Tanjong Datu menjalanka­n tanggungja­wab dengan bijak pada 18 Februari ini dalam memastikan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu menang dengan majoriti yang besar.

Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, program itu bertujuan memberi peluang kepada masyarakat menyampaik­an secara terus masalah yang dihadapi mereka kepada pemimpin.

"Selain itu, program ini juga dapat memberi ruang kepada pemimpin untuk turun padang berjumpa rakyat di kawasan ini," ujarnya.

Hadir sama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Muda Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan barisan pemimpin lain.

Saya telah mengarahka­n JTS untuk menjalanka­n penyukatan semula di kawasan ini agar surat hak milik tanah NCR dapat dikeluarka­n kepada pemilik tanah. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG JOHARI menyampaik­an bantuan 'titik sentuhan' kepada penerima sambil disaksikan (dari kiri) Fadillah, Wan Junaidi, Jailani dan Abdul Karim.
ABANG JOHARI menyampaik­an bantuan 'titik sentuhan' kepada penerima sambil disaksikan (dari kiri) Fadillah, Wan Junaidi, Jailani dan Abdul Karim.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia