Utusan Borneo (Sabah)

Golongan OKU tidak harus dipinggirk­an

-

SARIKEI: Golongan orang kurang upaya (OKU) tidak seharusnya dipinggirk­an justeru harus diberi peluang menikmati kehidupan sebenar seperti individu lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Repok Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata ibu bapa mempunyai anak-anak OKU harus berusaha memberi peluang mereka menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Beliau berkata, hantar anak-anak OKU ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), sekolah khas serta beberapa agensi pendidikan berkaitan yang lain.

“Pelbagai impak positif boleh diperolehi hasil tindakan itu kerana tenaga pengajar dan pelatih diberi latihan yang jitu untuk berhadapan dengan golongan terbabit.

“Dalam merealisas­ikan impian dan matlamat itu kerjasama dan sokongan padu semua pihak amat diperlukan bagi memastikan golongan itu tidak terpinggir dan diabaikan,” katanya pada sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) PDK Sarikei.

Amanat beliau disampaika­n oleh wakilnya, Huang Tiong Keng.

Pada majlis itu, Huang turut menyampaik­an angpau kepada kanak-kanak PDK terbabit.

Menurutnya, ibu bapa atau penjaga mempunyai anak-anak OKU harus memanfaatk­an segala peluang disediakan dengan sebaik mungkin untuk kebaikan golongan terbabit.

“Kita tidak harus malu dengan situasi dihadapi namun anggaplah sebagai satu kelebihan.

“Kita sedar keadaan dihadapi golongan ibu bapa berhadapan dengan pelbagai kerenah golongan OKU ini, namun kita berharap mereka tabah menghadapi­nya,” jelas Huang.

Huang menambah, rakyat negara ini harus bersyukur kerana menyambut setiap perayaan dalam suasana aman dan damai.

 ??  ?? SEKITAR suasana sambutan TBC di PDK Sarikei.
SEKITAR suasana sambutan TBC di PDK Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia