Utusan Borneo (Sabah)

Tunjuk tanda sayang, kagum dengan Tok Nan

Zahid meminta semua pengundi menunaikan tanggungja­wab pada PRK Tanjong Datu, 18 Februari ini

-

Saya meminta semua pengundi di Tanjong Datu keluar awal, beramai-ramai pada 18 hari bulan (ini) dan pastikan setiap pengundi Tanjong Datu sama mengundi.” ada di kawasan ini atau luar turun DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

LUNDU: Semua pengundi diminta menunaikan tanggungja­wab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu pada 18 Februari ini sebagai tanda sayang serta kagum dengan kepimpinan penyandang­nya yang juga bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem (Tok Nan).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga sebagai tanda sokongan kepada balu Allahyarha­m iaitu Datuk Amar Jamilah Anu sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Pengundi di Tanjong Datu ujarnya perlu menggunaka­n hak mereka memilih pemimpin untuk masa depan lebih baik.

Beliau juga mahu peratusan jumlah pengundi pada PRK Tanjong Datu lebih tinggi berbanding ketika Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) lalu.

“Saya meminta semua pengundi di Tanjong Datu keluar awal, beramai-ramai pada 18 hari bulan (ini) dan pastikan setiap pengundi Tanjong Datu sama ada di kawasan ini atau luar turun mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rela (Jabatan Sukarelawa­n Malaysia) Daerah Lundu di Dewan Masyarakat Lundu di sini, pada Ahad.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg serta beberapa menteri kabinet persekutua­n dan negeri yang lain.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keluar mengundi beramai-ramai adalah tanda sayang serta kagum dengan kepimpinan penyandang­nya, Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem juga tanda menyokong penuh balu Allahyarha­m, iaitu Jamilah.

Sementara itu dalam ucapan perasmiann­ya, Zahid berkata PRK Tanjong Datu bukan sekadar pilihan raya dan tidak hanya soal pembanguna­n, kesinambun­gan tetapi lebih daripada itu.

PKR Tanjong Datu katanya adalah konsistens­i daripada 72 daripada 82 kerusi dimenangi pada PRN11 dan merupakan manifestas­i sokongan kuat di bawah kepimpinan baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

“Walaupun ia agak berfalsafa­h tetapi ini adalah hakikatnya, kita harus berpijak di bumi nyata, siapakah yang boleh menterjema­hkan nya selain pengundi semua,” katanya.

Zahid dalam ucapannya turut berterima kasih kepada keputusan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menambah bantuan RM16 juta kepada Rela seperti yang pernah dinyatakan bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Adenan.

“Mana nak cari Ketua Menteri (Abang Johari) yang macam ini. Semua dasar, janji Ketua Menteri terdahulu, semuanya beliau tekad laksanakan, semuanya untuk pembanguna­n dan kesejahter­aan Sarawak,” katanya.

Beliau turut menyeru semua 345,000 anggota Rela di seluruh Sarawak menyokong penuh kepimpinan Abang Johari yang dilihat serius dengan hasrat mahu meneruskan kesinambun­gan kecemerlan­gan Allahyarha­m Adenan dengan hasrat benarbenar membangunk­an Sarawak.

 ??  ?? ZAHID memakai pangkat Penguasa Rela (Bersekutu) kepada Bujang Man, 74 sambil disaksikan Abang Johari semasa Majlis Pemimpin Bersama Rela Daerah Lundu.
ZAHID memakai pangkat Penguasa Rela (Bersekutu) kepada Bujang Man, 74 sambil disaksikan Abang Johari semasa Majlis Pemimpin Bersama Rela Daerah Lundu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia