Utusan Borneo (Sabah)

Hujan lebat tidak halang pengundi awal keluar tunai tanggungja­wab

-

LUNDU: Hujan lebat sejak awal pagi Ahad tidak menghalang pengundi awal keluar menunaikan tanggungja­wab mereka untuk memilih calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

Dua pusat pengundian awal dibuka bermula jam 8 pagi Ahad dengan masing-masing satu saluran mengundi di Dewan ULS Kem Sempadi dan Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu di sini.

Seramai 188 pemilih atau 1.9 peratus daripada keseluruha­n 9,959 pemilih berdaftar terlibat dalam proses pengundian awal, terdiri daripada kalangan anggota tentera dan polis serta pasangan masingmasi­ng.

Di Dewan ULS Kem Sempadi di sini semalam, para pemilih seramai 87 orang yang terdiri daripada kalangan anggota tentera dan pasangan masing-masing keluar awal untuk menunaikan tanggungja­wab mereka.

Antara yang awal keluar mengundi di Dewan ULS Kem Sempadi semalam ialah Sarjan Ahmad Hishamuddi­n,36, Hussein Berawi, 34, dan Mazlan Zahari.

Ketiga-tiga anggota yang ditemui di pusat pengundian awal itu pada Ahad bersyukur kerana dapat menunaikan tanggungja­wab mereka sebagai pengundi di Tanjong Datu.

Sementara itu di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu, proses pengundian awal turut berjalan dengan lancar melibatkan seramai seramai 101 pemilih terdiri daripada kalangan anggota polis dan pasangan masingmasi­ng.

Kedua-dua pusat pengundian awal dibuka sehingga jam jam 5 petang dan kertas-kertas undi akan disimpan di tempat yang selamat iaitu di lokap balai polis dan hanya akan dikira pada 18 Februari ini iaitu pada hari pengundian.

Dalam pada itu, sebanyak 18 pusat mengundi disediakan oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) termasuk dua pusat undi awal bagi membolehka­n pengundi di kawasan Tanjong Datu memilih wakil mereka pada 18 Februari ini.

 ??  ?? AHMAD (kanan), Hussein dan Mazlan antara pengundi awal PRK Tanjong Datu yang keluar menunaikan tanggungja­wab mereka di Dewan ULS Kem Sempadi di Lundu pada Ahad.
AHMAD (kanan), Hussein dan Mazlan antara pengundi awal PRK Tanjong Datu yang keluar menunaikan tanggungja­wab mereka di Dewan ULS Kem Sempadi di Lundu pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia