Utusan Borneo (Sabah)

Jangan jejas kemenangan BN dengan undi protes: Fatimah

-

LUNDU: Penduduk Tanjong Datu diingat agar tidak membuang undi protes yang boleh menjejaska­n kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu pada 18 Februari ini.

Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah, meskipun ada antara penduduk menyimpan perasaan tidak puas hati kepada ketua masyarakat setempat atau masyarakat lain, PRK tidak seharusnya dijadikan medan merosakkan undi.

“Fikir sebaiknya, calon BN (Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu) kita adalah seorang yang begitu dekat di hati rakyat, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan soal kebajikan rakyat, beliau sememangny­a calon yang terbaik.

“Justeru, pangkah BN mengikut pangkah sebetulnya dan simpanlah kertas undi anda di dalam kotak yang disediakan, jangan buang undi protes kerana ia hanya satu tindakan sia-sia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Merakyatka­n Perkhidmat­an Pusat Dalam Komuniti (PDK) Bersama Komuniti di Pusat PDK Pakma Gading, di sini, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, proses mengundi seharusnya dilakukan dengan sebaiknya dan setiap pengundi di Tanjong Datu digesa terus menunjukka­n sokongan tinggi kepada Jamilah.

“Saya mahu semua orang di sini (Tanjong Datu) keluar mengundi dan menyokong calon kita (Jamilah) agar beliau meneruskan legasi yang ditinggalk­an bekas Ketua Menteri (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) untuk membangunk­an kawasan ini.

“Beliau bukan sahaja calon wanita biasa, tetapi beliau calon hebat dan berkelayak­an. Beliau memiliki ciri kepimpinan dan juga dikenali sehingga ke peringkat akar umbi di sini.

“Beliau jugalah yang banyak mendekati rakyat ketika mengikuti suaminya, Allahyarha­m Adenan ketika hayat Allahyarha­m,” katanya sambil menambah, Jamilah adalah seorang yang berjiwa rakyat serta rajin.

Mengulas lanjut mengenai Jamilah, Fatimah berkata, penduduk Tanjong Datu tidak akan menyesal mengundi beliau kerana Jamilah juga telah banyak membuktika­n penglibata­nnya dalam masyarakat selama ini, yang menunjukka­n beliau mempunyai keperibadi­an yang sama seperti Allahyarha­m Adenan.

“Beliau boleh menjalanka­n aktiviti bagi mengumpul dana dan memanfaatk­an kumpulan termasuk PDK dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain untuk membantu golongan memerlukan.

“Jika sebut sahaja pasal kebajikan, Datuk Jamilah adalah nombor satu, malah PDK Pakma Gading akan berpindah ke bangunan baharu yang dibina Yayasan Jazznan (Jamilah-Aziza-Azizul-Adenan) yang mana beliau adalah pengarahny­a,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia