Utusan Borneo (Sabah)

Guardiola tidak jamin peranan Aguero dalam kesebelasa­n utama The Citizens

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, enggan menolak kemungkina­n bahawa penyerangn­ya, Sergio Aguero mungkin akan meninggalk­an kelab pada akhir musim tetapi beliau berkata beliau mahu terus mengekalka­n penyerang antarabang­sa Argentina itu.

Aguero, di mana kontrak beliau di City hanya berakhir pada 2020, hanya membuat penampilan sebagai pemain gantian di akhir permainan pada dua perlawanan terakhir City, sebahagian besarnya kerana prestasi memberangs­angkan penyerang baharu, Gabriel Jesus.

Ketika Guardiola berkata beliau mengagumi Aguero, beliau tidak pasti seki- ranya beliau boleh menjamin slot bermain lebih kerap buat Aguero untuk menghalang beliau dari meninggalk­an kelab pada akhir musim. “Pada akhir musim, saya tidak tahu,” kata Guardiola. “Saya tahu betapa sukar untuk mencari seorang penyerang hebat. Pemain di tengah (serangan) adalah salah seorang daripada mereka. “Saya mahu beliau terus kekal tetapi saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Walaupun dalam kerjaya saya (sebagai pemain dan pengurus), saya tidak tahu apa yang akan berlaku kepada diri saya pada akhir musim.”

Jesus dibeli dari Palmeiras dengan nilai 27 juta pound pada bulan Januari dan sudah menjaringk­an tiga gol dalam dua penampilan kesebelasa­n utama, termasuk dua gol ketika menewaskan Swansea City 2-1 minggu lalu.

Penyerang berusia 19 tahun dari Brazil itu kelihatan lebih serasi dengan corak permainan yang diharapkan oleh Guardiola berbanding Aguero.

Ia menyebabka­n Aguero berdepan dengan prospek memanas bangku simpanan sekali lagi sehingga akhir musim.

Aguero, 28, mengharung­i kempen turun naik walaupun merupakan penjaring terbanyak City dengan 18 gol dalam semua pertanding­an.

Beliau tidak beraksi dalam tujuh perlawanan musim ini kerana penggantun­gan dan selain dari itu, turut kehilangan tempat dalam kesebelasa­n utama skuad kebangsaan Argentina.

Guardiola kelihatan menyukai gandingan Jesus, Leroy Sane dan Raheem Sterling di jentera serangan, terutama sekali ketika menewaskan Crystal Palace 3-0 dalam aksi Piala FA bulan lepas. — AFP

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA
 ??  ?? AGUERO
AGUERO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia