Utusan Borneo (Sabah)

Perlawanan ‘mesti menang’

Sabah harapkan 4 import hadapi UKM FC dalam aksi pusingan kedua Piala FA malam ini

- Oleh DESMOND QWEK

“Kita mahu memenangi perlawanan ini dan melupakan apa yang telah berlaku tiga (empat) hari yang lalu. Ianya baik (Piala FA) berlangsun­g awal kerana ini membantu kita untuk kembali pada landasan prestasi permainan yang sepatutnya. ADLANE MESSELEM

KOTA KINABALU: Sabah akan menurunkan keempat-empat pemain import antarabang­sa dalam kesebelasa­n utama melayani kehadiran UKM FC dalam aksi pusingan kedua Piala FA 2017 di Stadium Likas bermula 8.15 malam ini.

Melupakan aksi hambar Liga Perdana, tumpuan diberikan sepenuhnya ke atas perlawanan Piala FA malam ini, di mana kemenangan harus dicapai dengan apa cara sekalipun.

Kemenangan malam ini juga sudah tentu akan menurunkan tekanan skuad Badak meneruskan cabaran dalam divisyen dua Liga Malaysia musim ini selepas rekod permulaan yang kurang baik.

Oleh itu, pengurus pasukan Adlane Messelem tiada cara lain selain menurunkan Jonathan Behe, Sofiane Choubani, Mayasa Jitozono dan Igor Cerina untuk memastikan Badak tidak diaibkan sekali lagi di hadapan penyokong sendiri.

Pemain kelahiran AlgeriaPer­ancis; Choubani pastinya akan menjadi perhatian kerana pemain itu akan diturunkan buat kali pertama sejak menyertai pasukan negeri ini pada awal musim.

Cerina, pemain pertahanan dari Crotia, yang digantung perlawanan semasa Badak tersungkur 2-5 diasak Angkatan Tentera Malaysia pada Stadium Likas pada Jumaat lalu, juga kembali beraksi.

Behe, penyerang dari Perancis dan Jizotono, pemain tengah dari Jepun, yang menggalas kewibawaan Sabah sejak awal musim, akan terus memainkan peranan di posisi masing-masing.

“Kita mahu memenangi perlawanan ini dan melupakan apa yang telah berlaku tiga (empat) hari yang lalu,” jelas Adlane.

“Ianya baik (Piala FA) berlangsun­g awal kerana ini membantu kita untuk kembali pada landasan prestasi permainan yang sepatutnya.

“Kita semua memberi tumpuan ke atas apa yang akan berlaku dan mahu melupakan apa yang telah berlaku beberapa hari yang lalu. Ianya bukan mudah untuk para pemain mempelajar­i keseluruha­n arahan kerana ianya memerlukan usaha yang keras dan gigih.

“Jika kita melihat pada keputusan, memang benar ianya amat memalukan dan tida ada seorang pun yang merasa gembira. Saya rasa, setakat ini, beberapa keputusan sukar untuk diterima...kita sebenarnya belum berhadapan dengan pasukan-pasukan yang boleh dikatakan jauh lebih baik dari pasukan ini (Sabah).

“Bagaimanap­un, saya ini menyentuh tindak balas para pemain ketika ketinggala­n 02. Ini merupakan bukti yang perlu mereka ingat bahawa mereka boleh menjadi pasukan yang baik pada bila-bila masa jika mereka mahu,” tambah beliau.

Adlane berkata para peminat dan penonton boleh mengharapk­an perubahan baik yang akan ditunjukka­n oleh skuad Badak malam ini, sekalipun beliau masih belum memutuskan siapa barisan tujuh pemain lain yang akan diturunkan membantu keempat-empat import antarabang­sa itu.

Pengurus merangkap jurulatih dari Perancis itu juga masih belum memutuskan siapa yang akan diturunkan untuk menjadi benteng akhir Sabah selepas prestasi hambar penjaga gol utama Rozaimi Rohim pada Jumaat.

“Rozaimi amat terganggu dengan persembaha­n beliau. Setakat ini, beliau masih menjadi contoh untuk pemain-pemain lain dari aspek komitmen dan disiplin.

“Saya tidak pasti jika beliau akan diturunkan sebagai kesebelasa­n utama, perlu ada rundingan lanjut dengan beliau.

“Tidak ramai yang tahu aspek psikologi melibatkan persembaha­n tahap tinggi seperti perlawanan perlawanan ini.

“Saya akan terus menyokong Rozaimi dalam masa-masu sukar ini dan kita mahu beliau bangkit secepat yang mungkin dan terus menjadi benteng kukuh terakhir Sabah,” tegas Adlane.

Skuad Badak adalah antara dua pasukan mewakili Sabah di Piala FA selain KDMM FC yang juga meneruskan perlawanan dalam pusingan kedua berhadapan MOF FC malam esok.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia