Utusan Borneo (Sabah)

Chong Wei, Frost profesiona­l dalam tangani konflik: BAM

-

KUALA LUMPUR: Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Al Amin Abdul Majid percaya Datuk Lee Chong Wei dan Morten Frost Hansen bersikap profesiona­l dalam menangani perselisih­an mereka.

Sehubungan itu, Al Amin sekali lagi menegaskan konflik yang tercetus antara ikon badminton negara dan Pengarah Kejurulati­h BAM itu, sudah selesai selepas kedua-duanya setuju memberi fokus kepada persediaan menghadapi kejohanan penting tahun ini.

“Saya tidak perlu menjelaska­n secara terperinci apa yang diperkatak­an Chong Wei ataupun Frost (mengenai konflik mereka) kepada saya. Mereka sangat profesiona­l dalam menangani masalah ini,” katanya.

Konflik antara Chong Wei dan Frost bermula selepas pemain itu mengalami kecederaan medial collateral ligament (MCL) dan menyalahka­n BAM kerana tidak menghirauk­an aduannya mengenai permukaan gelanggang baharu yang licin di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Namun apa yang membuatkan Chong Wei lebih marah adalah apabila Frost dikatakan membuat kenyataan yang seakan memintanya bersara kepada jurulatih perseorang­an, Hendrawan sehingga mahu bertindak keluar daripada BAM.

Kecederaan itu turut menjejaska­n peluang Chong Wei untuk beraksi di Kejohanan Seluruh England yang bermula dari 7-12 Mac depan.

“Saya tidak memandang ringan perkara ini (konflik mereka), saya sendiri telah bersemuka dengan mereka yang terlibat termasuk Pengurus Besar (Lawrence Chew) dan Setiausaha Kehormat BAM (Datuk Ng Chin Chai) bagi membincang­kan permasalah­an ini.

“Ketika ini biarlah Chong Wei pulih daripada kecederaan ya ... saya percaya beliau juga mempunyai matlamat yang lebih penting dalam kariernya selaku pemain terbaik dunia,” kata Al Amin.

Beliau berkata misi utama Chong Wei tahun ini adalah di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, pada Ogos, selain membantu skuad negara pada kempen Piala Sudirman di Gold Coast, Australia pada Mei ini. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia