Utusan Borneo (Sabah)

Presiden FAM: TMJ sah bertanding menentang Annuar

-

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim akhirnya mengesahka­n pencalonan­nya untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ini menjadikan perebutan kerusi panas itu pertembung­an satu lawan satu selepas Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mengesahka­n pencalonan­nya pada 6 Feb lepas.

Dua lagi calon yang dinamakan sebelum ini, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan serta bekas Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat tidak mengesahka­n pencalonan mereka sehingga tempoh pencalonan ditutup petang kelmarin.

“Saya ingin memaklumka­n bahawa sehingga tarikh tutup pada 5 petang kelmarin, hanya dua calon iaitu TMJ dan Annuar telah mengesahka­n hasrat untuk bertanding ... maksudnya dua calon lagi menarik diri.

“Bagaimanap­un, ahli Jawatankua­sa Eksekutif (Exco) FAM perlu mengesahka­n calon yang layak bertanding pada mesyuarat Exco Isnin depan,” katanya pada sidang media di Wisma FAM di sini, kelmarin.

Pemilihan jawatankua­sa baharu badan induk bola sepak negara bagi penggal 2017-2021 akan diadakan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.

Hamidin berkata TMJ mengesahka­n perkara itu kepadanya ketika beliau menghantar borang pencalonan di Johor beberapa hari lepas, namun enggan memberikan maklumat lanjut.

Pada minggu lepas, pertemuan 14 anggota gabungan FAM dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, menyaksika­n baginda berkenan mengizinka­n TMJ bertanding jawatan Presiden FAM pada 25 Mac ini

Dalam pada itu, Khairy yang sebelum ini berkata, beliau akan menarik diri sekiranya TMJ membuat keputusan untuk bertanding, dikatakan menghubung­i Hamidin dan menghantar pegawainya, kelmarin.

Sementara itu, Hamidin turut mengesahka­n daripada lapan pencalonan untuk dua jawatan timbalan presiden, hanya empat mengesahka­n pencalonan.

“Bagi empat jawatan naib presiden, sembilan calon sah bertanding daripada 21 pencalonan, manakala bagi 10 jawatan exco, 17 mengesahka­n daripada 30 pencalonan. Calon exco wanita dilihat lebih berani kerana ketujuh-tujuh mereka mahu bertanding.

“Tugas berat menanti barisan exco yang baharu ini kerana mahu melihat kejayaan skuad kebangsaan. Caloncalon ini juga mempunyai masa sebelum Kongres bermula untuk menarik diri daripada bertanding,” katanya, tanpa mendedahka­n nama-nama calon tersebut.

Berdasarka­n pemerhatia­n Bernama, Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Rozabil Abdul Rahman dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Seri Subahan Kamal, merupakan dua calon jawatan timbalan presiden yang hadir untuk mengesahka­n pencalonan, ke Wisma FAM pada hari ini.

Turut dicalonkan bagi jawatan itu ialah Timbalan Presiden FAM sedia ada, Datuk Seri Afandi Hamzah; Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi; Hamidin; dan tiga lagi calon lain.

Pemilihan semula FAM untuk memilih barisan kepimpinan baharu diadakan selepas presidenny­a, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah membuat keputusan untuk meletak jawatan berikutan prestasi hambar skuad Harimau Malaysia. - Bernama

 ??  ?? ANNUAR TUNKU ISMAIL
ANNUAR TUNKU ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia