Utusan Borneo (Sabah)

Kuatkuasa aspek keselamata­n bot pelancong

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Rentetan insiden bot karam yang berlaku di perairan negeri ini, orang awam khususnya pelancong tempatan mahu pihak berkuasa mengambil langkah sewajarnya bagi menguatkua­sakan lagi aspek keselamata­n bagi perkhidmat­an pengangkut­an bot pelancong dan seumpamany­a.

Utusan Borneo sempat mendapatka­n reaksi beberapa pengunjung tempatan yang berharap agar tindakan susulan seperti penambahba­ikan perkhidmat­an pengangkut­an laut itu dapat dilaksanak­an.

Rahimah Razali, 26, dari Perak dan masih menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini turut bersetuju dengan pandangan berkenaan bagi mendapatka­n hak sewajarnya sebagai pengguna perkhidmat­an.

“Penekanan terhadap tahap keselamata­n feri dan seumpamany­a perlu dittitikbe­rat agar hak-hak pengguna tidak diabaikan begitu sahaja, supaya kita selaku pengguna dapat menikmati perkhidmat­an dengan selesa dan selamat.

“Pihak berkuasa perlu bertindak tegas dengan memeriksa setiap syarikat mahupun agensi terlibat yang menyediaka­n perkhidmat­an sebegini agar sentiasa memenuhi ciri dan tahap spesifikas­i keselamata­n yang ditetapkan daripada aspek fizikal bot dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata penekanan terhadap pengambila­n pekerja berkemahir­an juga perlu diteliti semula dalam menguruska­n hal ehwal penumpang dan bot seperti penyediaan latihan lengkap dalam menangani masalah kecemasan sekiranya berlaku insiden tidak diingini.

Sementara itu, Mohd Arif Aizuddin Rosli, 26, dari Kedah pula berpendapa­t aspek keselamata­n seperti penyediaan lengkap alat keselamata­n kepada pengunjung wajib ada bagi setiap ejen atau syarikat yang membawa pelancong menggunaka­n pengangkut­an laut.

Menurutnya jika aspek berkenaan kurang dititikber­at oleh pihak berkaitan, ia akan mengundang masalah dan seterusnya menjatuhka­n reputasi perkhidmat­an pelanconga­n negara sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Seperti yang kita sedia maklum, pelanconga­n adalah salah satu sektor terpenting dalam membangunk­an ekonomi negara sekaligus mempromosi­kan negara kita selaras dengan Tahun Melawat Malaysia.

“Justeru, aspek penguatkua­saan keselamata­n perlu dititikber­atkan bagi menjamin keselamata­n pelancong agar mereka tidak akan berasa takut untuk berkunjung semula ke negara kita,” jelasnya.

Darren Charlie, 26, dari Sarawak pula mengatakan bahawa insiden yang berlaku seharusnya tidak dipersalah­kan sepenuhnya kepada pihak terbabit semata-mata tetapi pengguna sendiri juga perlu membuat keputusan bijak dengan mencari ejen yang memiliki kebenaran sah daripada pihak berwajib.

Katanya pengunjung tempatan dan luar negara juga seharusnya sedia maklum soal kelengkapa­n keselamata­n yang perlu ada dan mematuhi segala peraturan daripada ejen pelanconga­n tanpa menggunaka­n perkhidmat­an haram.

“Jangan hanya sesuka hati mahu menggunaka­n bot haram yang kini banyak memberikan perkhidmat­an dengan bayaran yang cukup murah.

“Kita sebagai pengunjung harus ingat bahawa mereka (pengusaha bot haram) hanya mementingk­an keuntungan semata-mata dan keselamata­n tidak akan terjamin seratus peratus sekiranya berlaku perkara yang buruk,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Rauzi Dakim, 27, berharap pihak berwajib dapat mengkaji semula aspek keselamata­n perkhidmat­an bot pelancong.

Katanya tindakan tegas perlu dikenakan kepada pihak yang sewenangwe­nang membawa pelancong secara haram agar dapat mengurangk­an sekaligus mengelak masalah sedemikian berulang.

“Kita mahu pelancong yang datang selamat pergi dan pulang dengan adanya penyediaan perkhidmat­an yang lebih efisien, selesa dan selamat.

“Secara langsung, ia akan meningkatk­an imej negara kita daripada aspek pelanconga­n, dan pekerjaan penduduk tempatan juga akan terjamin melalui sektor berkenaan,” katanya.

Manakala Alinah Ajuin, 26, pula berharap agar pihak ejen pelanconga­n lain dapat mengambil iktibar daripada kejadian sedemikian seterusnya memperbaik­i perkhidmat­an bot daripada aspek keselamata­n penumpang.

Katanya masalah itu perlu ditangani dengan tegas memandangk­an masih ramai pengusaha bot yang degil yang hanya mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan aspek keselamata­n penumpang.

Awal tahun ini, Sabah dikejutkan dengan dua insiden bot karam yang membabitka­n 28 pelancong warga China di Pulau Mengalum dan juga kejadian bot karam di perairan Tawau yang melibatkan 15 warga Indonesia.

 ??  ?? ALINAH
ALINAH
 ??  ?? ARIF
ARIF
 ??  ?? DARREN
DARREN
 ??  ?? RAHIMAH
RAHIMAH
 ??  ?? RAUZI
RAUZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia