Utusan Borneo (Sabah)

DAP khianati komuniti Cina

Sekian lama DAP fitnah MCA kononnya sebagai pengkhiana­t kepada komuniti Cina

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Tindakan meminta maaf oleh empat wakil rakyat bekas ahli DAP dari Melaka kepada komuniti Cina kerana mengadakan kempen untuk Pas pada pilihan raya umum (PRU) lalu jelas menunjukka­n bahawa parti itulah yang sebenarnya telah mengkhiana­ti komuniti Cina di Malaysia.

Ketua MCA Bahagian Penampang Datuk Francis Goh berkata sekian lama DAP memfitnah MCA sebagai pengkhiana­t kepada komuniti Cina.

“Kini MCA tidak perlu lagi memperjela­skan keikhlasan dan kedudukan MCA terhadap komuniti Cina kerana kini kita sudah tahu siapa pengkhiana­t kepada masyarakat Cina yang sebenar,” katanya ketika merasmikan Pesta Angpau Kepayan 2017 bersama Datuk Francis Goh anjuran bersama Dewan Perniagaan Cina dan Industri Penampang (PCCCI), di sini, malam Ahad lalu.

Katanya keempat-empat bekas ahli DAP itu adalah Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Goh Leong San, Adun Bachang Lim Jak Wong dan Adun Kesidang Chin Choon Seong yang keluar dari DAP pada Ahad lalu.

Francis berkata tindakan mereka keluar parti itu dipercayai disebabkan hala tuju DAP telah keluar daripada landasan asal dan kini gagal untuk mempertaha­nkan komuniti Cina, selain bersalah salah kerana berkempen untuk Pas pada PRU lalu.

“Saya juga tidak akan lari daripada cabaran debat yang dimahukan oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong yang juga ahli DAP.

“Saya menerima cabaran ini dan perdebatan akan dilakukan selepas pengumuman tarikh sebenar PRU ke-14 nanti,” katanya.

Francis juga menyeru pengundi untuk memilih calon yang berkemampu­an berkhidmat kepada rakyat dan bukan mengundi hanya kerana calon itu daripada parti pembangkan­g.

Beliau juga menyelar tindakan DAP yang kini bekerjasam­a dengan musuh utamanya dahulu iaitu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai pengkhiana­t kepada rakyat, khususnya di Sabah, dengan peranan yang dimainkan dalam pemberian warganegar­a kepada pendatang tanpa izin.

Hadir sama di majlis itu ialah Presiden PCCCI Datuk Ling Tiong Chai, Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun serta tetamu kehormat yang lain.

“Kini

MCA tidak perlu lagi memperjela­skan keikhlasan dan kedudukan MCA terhadap komuniti Cina kerana kini kita sudah tahu siapa pengkhiana­t kepada masyarakat Cina yang sebenar. DATUK FRANCIS GOH Ketua MCA Bahagian Penampang

 ??  ?? FRANCIS (tujuh kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
FRANCIS (tujuh kiri) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? FRANCIS (tengah) bersama tetamu lain mengucapka­n Tahun Baharu Cina kepada semua yang hadir.
FRANCIS (tengah) bersama tetamu lain mengucapka­n Tahun Baharu Cina kepada semua yang hadir.
 ??  ?? FRANCIS (kiri) dan Ling menerima cendera kenangan daripada pasukan tarian singa.
FRANCIS (kiri) dan Ling menerima cendera kenangan daripada pasukan tarian singa.
 ??  ?? FRANCIS (kiri) menyampaik­an sumbangan angpau kepada warga emas.
FRANCIS (kiri) menyampaik­an sumbangan angpau kepada warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia