Utusan Borneo (Sabah)

Tarian singa meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Tabika Perpaduan Sembulan Lama

-

KOTA KINABALU: Persembaha­n tarian singa yang diundang khas telah memeriahka­n Program Sambutan Tahun Baharu Cina Tabika Perpaduan Sembulan Lama yang diadakan di tabika berkenaan, Sabtu lalu.

Program itu dianjurkan oleh Jawatankua­sa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) dan Jawatankua­sa Pelaksana Tabika Perpaduan Sembulan Lama Adan Buntuk memperkena­lkan kepada kanak-kanak tentang perayaan yang dirayakan di Malaysia seperti sambutan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah Delin Liet Blaun ketika merasmikan sambutan itu berkata penganjura­n program itu adalah langkah terbaik dalam mengukuhka­n semangat perpaduan, kejiranan dan keharmonia­n.

“Program ini boleh dijadikan landasan untuk kita lebih memahami antara satu sama lain, walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya, namun kita boleh meraikan Tahun Baharu Cina bersama rakan-rakan dari pelbagai kaum.

Beliau mengucapka­n tahniah kepada penganjur atas kejayaan program itu yang merupakan contoh terbaik dalam menerapkan perpaduan dan nilai-nilai hidup bermasyara­kat dalam kalangan kanak-kanak Tabika.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankua­sa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) Sembulan Lama Arzmi Hassan mengucapka­n terima kasih semua pihak yang terlibat dalam sama-sama menjayakan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

Katanya program seumpama itu dapat mengeratka­n hubungan silaturrah­im antara ahli JPTP, guru-guru dan ibu bapa murid Tabika Perpaduan Sembulan Lama A dan B, sekaligus memberi peluang kepada kanak-kanak tabika berinterak­si antara satu sama lain.

Selain persembaha­n tarian singa, pelbagai acara seperti ucapan wakil pelajar dalam Bahasa Cina oleh Muhd Arash Nagor Ghani, penyampaia­n angpau kepada kanak-kanak, penyampaia­n hadiah kepada kanak-kanak yang menepati tema dan jamuan.

Turut hadir, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Bandaraya Kota Kinabalu Masri Rayner, Pengerusi KRT Taman Jaya Diri Patma Ayub, Pengerusi KRT Sembulan Baru/Taman Sempelang Lasamboy Ponisi, Pengerusi KRT Seroja Likas Hajah Jumah Nasip dan Pengerusi KRT Kg Likas Arpah Turoh.

 ??  ?? (gambar kiri) DELIN menerima cendera kenangan daripada Arzmi Hassan sempena perasmian program itu.
(gambar kiri) DELIN menerima cendera kenangan daripada Arzmi Hassan sempena perasmian program itu.
 ??  ?? (gambar atas) KANAK-kanak yang hadir tidak melepaskan peluang merakam kenangan bersama tarian singa.
(gambar atas) KANAK-kanak yang hadir tidak melepaskan peluang merakam kenangan bersama tarian singa.
 ??  ?? DELIN (tengah) bersama tetamu yang hadir memotong kek Tahun Baharu Cina.
DELIN (tengah) bersama tetamu yang hadir memotong kek Tahun Baharu Cina.
 ??  ?? DELIN menunjukka­n gegantung ucapan Selamat Tahun Baharu Cina, Persatuan Tarian Singa KRT Menggatal.
DELIN menunjukka­n gegantung ucapan Selamat Tahun Baharu Cina, Persatuan Tarian Singa KRT Menggatal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia