Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Tahun Baharu Cina Ranau meriah

Ribuan penduduk pelbagai kaum hadir meraikanny­a

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Meskipunhu­jan renyai-renyai dan sesekali lebat, namun tidak mematahkan semangat perpaduan ribuan penduduk dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menghadiri serta memeriahka­n Pesta Tahun Baharu Cina anjuran bersama Persatuan Hakka dan Dewan Perniagaan Tionghua Ranau di Ranau Hakka Food Court, baru-baru ini.

Pesta itu turut diserikan persembaha­n tarian singa, persembaha­n tarian kanakkanak Tadika dan murid SJK(C) Pai Wen, lagu-lagu Tahun Baharu Cina menerusi karaoke, penyampaia­n angpau kepada warga emas serta kanak-kanak, pertunjuka­n bina badan, cabutan tiket bertuah dan pertunjuka­n bunga api.

Turut diadakan ialah penyampaia­n sek bernilai RM20,000 kepada Persatuan Thalassemi­a dan RM20,000 lagi untuk Persatuan Sukarelawa­n Kanser Ranau.

Suasana pesta itu bertambah meriah dengan kehadiran para pemimpin masyarakat akar umbi, terutama Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin, Pegawai Daerah Ranau Haji Faimin Kamin, dan Ketua Polis Daerah Ranau DSP Mohd Farhan Lee

Beginilah satu keunikan rakyat di Sabah khususnya di daerah Ranau, seluruh masyarakat tanpa membezakan budaya, suku kaum, agama dan ideologi politik mereka tetap hidup harmoni serta mesra duduk semeja sambil menjamu selera. DATUK SERI PANGLIMA HAJI MASIDI MANJUN Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

Abdullah.

Hadir sama, Presiden Gabungan Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan dan Pengerusi Persatuan Hakka Ranau merangkap Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Ranau Datuk Jimmy Tham Yuk Liong, Setiausaha DUN Sabah Bernard Dalinting, mantan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu selaku Penasihat Undang-Undang Persatuan Hakka dan Dewan Perniagaan Tionghua Daerah Ranau Datuk Abidin Madingkir, mantan Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Othman Minudin, dan Ketua Wanita Umno Ranau Datuk Amisah Yassin.

Masidi dalam ucapannya memuji Persatuan Hakka dan Dewan Perniagaan Tionghua Ranau kerana berjaya menganjurk­an pesta Tahun Baharu Cina setiap tahun, yang bukan sahaja mengeratka­nkan hubungan persaudara­an dalam kalangan masyarakat Tionghua malah mewujudkan perpaduan dengan suku kaum lain.

“Beginilah satu keunikan rakyat di Sabah khususnya di daerah Ranau, seluruh masyarakat tanpa membezakan budaya, suku kaum, agama dan ideologi politik mereka tetap hidup harmoni serta mesra duduk semeja sambil menjamu selera,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada masyarakat Tionghua di Ranau kerana banyak membantu masyarakat setempat dalam bidang perniagaan (ekonomi), politik dan juga kebajikan serta program-program kemasyarak­atan.

“Kita di Ranau harus mengekalka­n budaya perpaduan ini tanpa mengira anutan agama, suku kaum atau fahaman politik,” katanya sambil mengumumka­n kelulusan peruntukan berjumlah RM15,000 untuk pentadbira­n Persatuan Hakka dan RM15,000 lagi untuk Dewan Perniagaan Tionghua Ranau.

“Kita bersyukur berada di sebuah negara yang aman damai, bukan seperti di sesetengah negara lain yang asyik bersengket­a walaupun ada dalam kalangan mereka sebangsa dan seagama,” katanya.

Berhubung peningkata­n ekonomi rakyat, Masidi berkata penduduk daerah itu bakal menarik nafas lega kerana jalan raya antara Ranau-Tambaruli dan Kiulu kini dalam pembinaan, yang akan memberi banyak manfaat kepada rakyat.

“Begitu juga dengan Kolej MRSM Petronas yang terletak di Lohan Ulu akan bermula pembinaann­ya tidak lama lagi, selain pembinaan bangunan warisan budaya suku kaum Dusun (Muzium Dusun) berhampira­n Pekan Ranau yang akan dibina selepas majlis pecah tanah dalam masa terdekat.

“Semuanya ini memberi kemudahan kepada rakyat jelata terutama membantu penduduk daerah ini menjana pendapatan serta kemudahan pendidikan tanpa berhijrah ke tempat lain,” katanya.

 ??  ?? (gambar bawah) PEMENANG cabutan tiket bertuah wang tunai RM700, Martina Mining dari Kg Paka Dua Ranau. PERSEMBAHA­N tarian singa.
(gambar bawah) PEMENANG cabutan tiket bertuah wang tunai RM700, Martina Mining dari Kg Paka Dua Ranau. PERSEMBAHA­N tarian singa.
 ??  ?? MASIDI bersama kenamaan lain meletupkan ‘Parti Pop’ sebagai gimik perasmian.
MASIDI bersama kenamaan lain meletupkan ‘Parti Pop’ sebagai gimik perasmian.
 ??  ?? MASIDI bersama para kenamaan lain.
MASIDI bersama para kenamaan lain.
 ??  ?? MASIDI memperliha­tkan kain rentang Gong Xi Fa Cai diperhatik­an Jimmy dan ahli jawatankua­sa yang lain.
MASIDI memperliha­tkan kain rentang Gong Xi Fa Cai diperhatik­an Jimmy dan ahli jawatankua­sa yang lain.
 ??  ?? MASIDI bersama kenamaan yang lain melakukan acara Lau Sang.
MASIDI bersama kenamaan yang lain melakukan acara Lau Sang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia