Utusan Borneo (Sabah)

Kempen Jom Hadir Ke Sekolah peringkat SMK Rancha-Rancha

-

LABUAN: Kempen Jom Hadir Ke Sekolah peringkat SMK Rancha-Rancha yang dianjurkan Hal Ehwal Murid yang diketuai Penolong Kanan HEM Yahya Ahmad Puteh turut diadakan di sekolah itu, baru-baru ini.

Seawal jam 7 pagi lagi ibu bapa/penjaga sudah berada di pekarangan sekolah untuk bersama-sama anak-anak mereka yang mendapat sijil penghargaa­n atas kehadiran penuh sepanjang tahun.

Pengetua SMK RanchaRanc­ha Omar Baki Matusin menyampaik­an perutusan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Pada majlis itu, seramai 16 pelajar iaitu lapan lelaki dan lapan perempuan menerima sijil kehadiran penuh sepanjang tahun.

Majlis perasmian Kempen Jom Hadir Ke Sekolah disempurna­kan oleh Pegawai Perhubunga­n Polis SMKRR dari PDRM Labuan Inspektor Azman Husin.

Dalam ucapannya, Azman selaku Pegawai Perhubunga­n Sekolah (PPS) sekolah itu berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat berbesar hati kerana diberi kepercayaa­n untuk berkolabor­asi dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha menangani permasalah­an disiplin dan salah laku pelajar.

Katanya jelas sekali matlamat program itu amat relevan dalam proses pembentuka­n sosialisas­i masyarakat yang bermula seawal usia remaja.

Menyedari akan peri pentingnya keselamata­n sekolah dalam mempengaru­hi suasana pembelajar­an pelajar, maka setiap PPS perlu lebih aktif, kreatif dan inovatif dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar, ke arah melahirkan warganegar­a yang berdisipli­n dan bersahsiah tinggi.

“Ia bukanlah sekadar memenuhi jadual penugasan PPS semata-mata, tetapi direkabent­uk pengisian aktivitiny­a bagi melahirkan remaja yang berdisipli­n, bersemanga­t jati diri dan berjiwa patriotik,” katanya.

Pada majlis itu, bersempena pelancaran Program Jom ke Sekolah itu, KPM telah mengambil inisiatif menyediaka­n saluran aduan berkenaan isu dan masalah disiplin pelajar melalui Peti Aduan Disiplin Murid yang diwujudkan di sekolahsek­olah.

Azman berharap agar inisiatif itu dapat memberi pemahaman dan pengetahua­n yang menyeluruh kepada semua peringkat warga sekolah, agar masalah disiplin pelajar dapat ditangani dengan pantas dan bijak.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada KPM, para pengetua, guru-guru, ibu bapa dan PPS serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada setiap program atau aktiviti yang dijalankan oleh PDRM dalam melahirkan generasi muda yang dinamik, berkualiti, berjati diri dan berwawasan.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil Jabatan Pendidikan Labuan Sanuddin Ariffin, PK Pentadbira­n Haji Abdul Rahman Ahmad, PK Kokurikulu­m Fauziah Idris dan Yang Dipertua PIBG Morshidi Juanah.

 ??  ?? AZMAN merasmikan Peti Aduan pelajar bersama (dari kiri) Fauziah Idris (PK Kokurikulu­m), Haji Abdul Rahman Ahmad (PK Pentadbira­n), Sanuddin Ariffin (wakil Jabatan), Omar Baki Matussin dan Yahya Ahmad Putih.
AZMAN merasmikan Peti Aduan pelajar bersama (dari kiri) Fauziah Idris (PK Kokurikulu­m), Haji Abdul Rahman Ahmad (PK Pentadbira­n), Sanuddin Ariffin (wakil Jabatan), Omar Baki Matussin dan Yahya Ahmad Putih.
 ??  ?? IBU bapa bersama pelajar yang mendapat anugerah kehadiran penuh sepanjang tahun.
IBU bapa bersama pelajar yang mendapat anugerah kehadiran penuh sepanjang tahun.
 ??  ?? SEORANG pelajar menerima anugerah kehadiran daripada Azman.
SEORANG pelajar menerima anugerah kehadiran daripada Azman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia