Utusan Borneo (Sabah)

Jagung bakar Manggaris

Sumber pendapatan kaum hawa Kota Marudu

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

Jagung bakar yang dijual di sini menggunaka­n kaedah yang unik dan kebanyakan pelanggan terutamany­a pengunjung luar dari Sabah mengatakan bahawa kaedah ini tidak pernah dilihat di tempat lain. Jagung mentah akan dibakar kosong bersama kulitnya di atas bekas khas dengan api marak bagi memastikan bahagian dalam jagung dapat dimasak dengan sepenuhnya. ROLA BADIR

JIKA berkunjung ke Kota Marudu tidak sah jika tidak singgah di deretan gerai tepi jalan di Manggaris bagi mendapatka­n jagung bakar yang begitu sinonim di daerah terbabit.

Jagung bakar yang dijual di gerai tepi jalan sepanjang kawasan Manggaris adalah sebahagian besar dijadikan sebagai sumber pendapatan kaum hawa di daerah itu yang popular dengan Pesta Jagung.

Salah seorang penjual wanita Rola Badir berkata beliau memulakan perniagaan­nya pada awal 2008 sehingga kini dan hasil jualan jagung bakar dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan untuk keluargany­a.

Katanya rata-rata pelanggan yang berkunjung ke gerainya akan membeli jagung yang sedang dibakar kerana rasanya lebih sedap jika dimakan panas-panas.

“Jagung bakar yang dijual di sini menggunaka­n kaedah yang unik dan kebanyakan pelanggan terutamany­a pengunjung luar dari Sabah mengatakan bahawa kaedah ini tidak pernah dilihat di tempat lain.

“Jagung mentah akan dibakar kosong bersama kulitnya di atas bekas khas dengan api marak bagi memastikan bahagian dalam jagung dapat dimasak dengan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata jika dipandang pada luarannya jagung yang dibakar kelihatan tidak sedap seperti kering dan keras berikutan keadaan kulit jagung yang seolah-olah hangus.

“Bagaimanap­un, aroma harum semulajadi jagung terbabit akan memikat selera pembeli sebaik kulit jagung yang sudah dibakar ditanggalk­an dari batangnya.

“Jagung yang sudah dipanggang rasanya sangat lembut, manis dan berlemak sama seperti dimasak menggunaka­n kaedah stim.

“Pengunjung pastinya berpuas hati berikutan kemanisan jagung yang terserlah secara semulajadi ditambah dengan haruman kulit yang dibakar menjadikan­nya sangat sedap,” katanya.

Rola yang bekerja sebagai guru di salah sebuah tadika berkata beliau memanfaatk­an masa lapangnya pada waktu petang dengan menjual jagung bakar bagi memperoleh pendapatan sampingan.

“Saya hanya bekerja sehingga tengah hari dan pada waktu petang saya akan menjual jagung bagi mendapatka­n pendapatan lebih untuk meringanka­n serba sedikit beban suami.

“Kami harapkan agar perniagaan yang saya usahakan sejak 10 tahun lalu akan berjalan dengan lancar pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu jagung bakar yang mendapat sambutan menggalakk­an di kawasan Manggaris dijadikan sebagai perniagaan sepenuh masa oleh seorang suri rumah iaitu Maini Marauh.

“Saya akan membuka kedai seawal jam 6 pagi dan mendapatka­n bekalan jagung di kawasan Kota Marudu sendiri iaitu di Kampung Damai serta beberapa daerah sekitarnya termasuk Kota Belud dan Tuaran.

“Jagung madu dan jagung pulut antara jualan yang mendapat permintaan tinggi oleh pelanggan dan saya menjual seikat jagung (empat tongkol jagung) dengan harga sebanyak RM5.

“Kebanyakan pelanggan akan membeli jagung yang sudah dibakar dan tidak kurang juga ada yang membeli jagung mentah untuk dibawa balik selain dijadikan buah tangan kepada sanak saudara lain,” katanya.

Maini yang turut dibantu suaminya di gerai mereka berkata bekalan jagung terpaksa ditambah pada musim perayaan berikutan permintaan yang tinggi pada ketika itu.

“Jumlah pendapatan harian bergantung kepada pelanggan yang berkunjung di gerai kami bagaimanap­un pendapatan dan bekalan jagung meningkat pada musim perayaan serta hujung minggu dengan kehadiran pelbagai pelanggan termasuk pelancong luar negara,” katanya.

Menurutnya beliau juga menjual pelbagai produk tempatan termasukla­h pisang, buah tarap, labu pumkin, ubi kayu, madu lebah, beras kampung dan kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh penduduk menggunaka­n rotan dan bambu.

“Jika dilihat secara kasar sebahagian besar peniaga jagung bakar di Manggaris adalah dalam kalangan wanita yang menjadikan perniagaan ini sebagai sumber pendapatan utama mahupun pendapatan sampingan.

“Usaha ini bukan sahaja mampu membantu meringanka­n bebanan suami dalam menanggung keluarga malah ini turut membuktika­n wanita juga mampu menunjukka­n usaha sama seperti lelaki dan boleh meningkatk­an keperluan hidup dalam menangani masalah ekonomi yang tidak stabil pada masa ini,” katanya.

Pada musim cuti sekolah Maini akan dibantu oleh anak perempuann­ya yang kini melanjutka­n pelajarann­ya di sebuah kolej di Sarawak.

“Mujurlah anak perempuan sulung saya membantu saya di gerai untuk melayan pengunjung yang ramai pada musim cuti ini yang tidak menang tangan dibuatnya.

“Saya juga dapat melatih anak perempuan saya berniaga dari umur yang muda agar beliau dapat mempraktik­kan ilmu yang diperolehi untuk kegunaan pada masa hadapan agar dia juga boleh menjadi wanita berjaya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JAGUNG bakar yang sedia dijual kepada pengunjung.
JAGUNG bakar yang sedia dijual kepada pengunjung.
 ??  ?? ROLA bersama jagung madu mentah yang turut dijual di gerainya.
ROLA bersama jagung madu mentah yang turut dijual di gerainya.
 ??  ?? MAINI semasa melayan pelanggan yang mengunjung­i gerainya.
MAINI semasa melayan pelanggan yang mengunjung­i gerainya.
 ??  ?? KRAFTANGAN pelbagai jenis yang boleh didapati di gerai tepi jalan di Manggaris.
KRAFTANGAN pelbagai jenis yang boleh didapati di gerai tepi jalan di Manggaris.
 ??  ?? BEGINILAH kelihatan gerai jagung bakar Rola dari tepi jalan.
BEGINILAH kelihatan gerai jagung bakar Rola dari tepi jalan.
 ??  ?? MAINI dan suaminya yang membantu beliau di gerainya.
MAINI dan suaminya yang membantu beliau di gerainya.
 ??  ?? ANAK perempuan Maini turut membantu di gerai mereka.
ANAK perempuan Maini turut membantu di gerai mereka.
 ??  ?? JAGUNG yang dibakar menggunaka­n api marak.
JAGUNG yang dibakar menggunaka­n api marak.
 ??  ?? MAINI membakar jagung di gerai mereka.
MAINI membakar jagung di gerai mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia