Utusan Borneo (Sabah)

14 Februari tarikh penting untuk pasangan kekasih seluruh dunia

- Oleh YAP SIONG HAN

TANGGAL 14 Februari adalah tarikh yang sangat bermakna kepada pasangan kekasih di seluruh dunia memandangk­an pada tarikh inilah pasangan yang bercinta masing-masing meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

Namun sambutan pada hari itu diraikan dengan cara yang berbeza berdasarka­n norma nilai moral dan kebudayaan di negara masing-masing.

Selain itu, Hari Kekasih kini sudah menjadi luas atau universal memandangk­an hari istimewa itu juga boleh diterjemah­kan untuk menyatakan kasih sayang kepada ibu bapa dan juga keluarga masing-masing.

Bagi May Banawai, 39, Hari Kekasih adalah seperti hari biasa dan jarang sekali menyambut.

Dia yang mempunyai seorang cahaya mata berkata Hari Kekasih istimewa kepada pasangan kekasih dan ia salah satu cara bagi mereka meluahkan rasa cinta dan kasih sayang kepada pasangan masingmasi­ng.

“Tarikh itu adalah istimewa untuk meluahkan perasaan masing-masing kepada kekasih tetapi, tarikh itu juga istimewa untuk menunjukka­n kasih sayang terhadap keluarga yang dicintai,” katanya.

Sementara itu, Karen Bayangad, 29, berkata Hari Kekasih hanya perlu disambut sekadar yang mampu sahaja, berdasarka­n sejarahnya yang tersendiri mengenai hari berkenaan.

“Saya melihat tarikh ini dari sudut positif dan sambutan yang diadakan sangat baik kerana ia sebagai satu simbolik kita menghargai pasangan masing-masing.

“Walaupun Hari Kekasih boleh diraikan setiap hari tetapi 14 Februari tetap hari yang sangat istimewa,” katanya.

Menurutnya tarikh itu juga seperti tarikh istimewa yang lain seperti sambutan harijadi dan ulangtahun kerana tarikh seumpamany­a menjadikan seseorang itu rasa istimewa dengan pasanganny­a.

Walaupun Hari Kekasih diraikan secara global oleh kebanyakan masyarakat, tetapi untuk masyarakat Timur ia masih mempunyai batas.

Bagaimanap­un, dengan senario dunia kini yang semakin moden dan bergerak pantas ke hadapan, sambutan itu diraikan dengan pemikiran yang terbuka dan terpulangl­ah kepada pada pasangan kekasih menyambut Hari Kekasih dengan cara tersendiri.

Pada akhirnya, hari istimewa itu tidak menggambar­kan komitmen masing-masing di masa hadapan memandangk­an setiap pasangan mempunyai pilihan dan juga rancangan.

 ??  ??
 ??  ?? MAY
MAY
 ??  ?? KAREN (kanan) dengan suaminya.
KAREN (kanan) dengan suaminya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia