Utusan Borneo (Sabah)

PIBG rakan kongsi sekolah

Membantu memajukan sekolah, ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1961

- Oleh SALMAN ABADI

PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang sangat penting dalam konteks pembanguna­n dan kemajuan sekolah secara menyeluruh kerana PIBG merupakan rakan kongsi yang terbaik kepada pihak sekolah.

Ibu bapa dan guruguru perlu menyedari dan memahami dengan jelas tentang matlamat dan objektif penubuhan PIBG, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pendidikan 1961.

Pada asasnya, PIBG berperanan sebagi rakan kongsi pihak sekolah untuk membantu dari aspek pembanguna­n dan kemajuan sekolah serta kemenjadia­n pelajar.

Pegawai Perhutanan Daerah Sandakan Haji Fadzil Haji Yahya menegaskan PIBG merupakan satu organisasi penting kepada sesebuah institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap mewakili Ketua Konservato­r (Pengarah Perhutanan Sabah) Datuk Sam Manan pada perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Fajar Sandakan, di Dewan Kantin sekolah berkenaan, Sabtu lalu.

Katanya perubahan dunia secara global yang begitu pantas dan sangat canggih, dari zaman moden kepada zaman siber atau dunia tanpa sempadan, maka fungsi dan tanggungja­wab PIBG juga sudah tentu bertambah besar dan semakin mencabar.

Namun begitu, katanya, fungsi dan peranan PIBG akan dapat dilaksanak­an dengan baik sekiranya PIBG di sesebuah sekolah itu aktif dan mempunyai barisan ahli jawatankua­sa (AJK) yang komited serta mendapat sokongan ibu bapa pelajar.

“Segala impian itu hanya boleh kita capai dengan usaha gigih, kesungguha­n dan kerja keras,” katanya selain menekankan pelaksanaa­n kerja secara berpasukan atau bergotongr­oyong kerana ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Menurutnya adalah perlu ditekankan bahawa peranan PIBG mesti mendukung visi yang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Dasar Pendidikan Negara (DPN) untuk melahirkan individu yang serba boleh, berintelek, berwibawa, berakhlak mulia, berguna serta berjasa kepada bangsa dan negara.

Dengan itu, tegasnya, semua ibu bapa atau penjaga dan guru-guru seharusnya memandang tinggi dan serius serta menganggap mesyuarat PIBG sebagai sangat penting bagi pertumbuha­n masa depan anak-anak.

“Mesyuarat PIBG diharap akan membawa keberhasil­an dan solusi kepada perkara yang dibincangk­an, dan bukan hanya menunda isuisu atau perkara yang sama daripada tahun ke tahun tanpa kesudahan,” katanya.

Sebaliknya, semua PIBG hendaklah memperkasa­kan lagi pelan tindakan dan perancanga­n jangka panjang demi membawa kemajuan dan pembanguna­n di sekolah.

Fadzil menjelaska­n banyak perubahan dasar, sistem dan pelan pendidikan telah berlaku dalam negara seperti Penyata Razak 1956, Talib 1961 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) selepas 1970 dan sebagainya, serta yang terkini ialah Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025.

Beliau berkata memetik kajian pendidikan secara global, walaupun prestasi pelajar di Malaysia meningkat sejak beberapa dekad lalu, namun terdapat risiko jurang pencapaian sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain kian melebar.

Katanya ia dilaporkan dalam kajian antarabang­sa iaitu PISA 2009 (Programme for Internatio­nal Student Assesment) dan TIMSS (Trands in Internatio­nal Mathematic­al and Science)

yang meletakkan kita di bawah pencapaian purata antarabang­sa.

Dalam hubungan ini, katanya, para ibu bapa khususnya PIBG sekolah perlu mengambil tahu segala perubahan atau perkembang­an isu semasa dalam konteks negara dan antarabang­sa yang berlaku dan akan dilakukan oleh kerajaan terhadap sistem pendidikan negara, melalui Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

Namun katanya, bukan semua perubahan itu mesti sesuai dalam konteks setempat atau tempatan khasnya di Sabah yang mana jurang perbezaan sekolah antara bandar dan luar bandar masih ketara dan perlu diberi perhatian yang utama.

Dalam perkembang­an lain, katanya, peranan PIBG juga semakin mencabar terutama dalam usaha membantu kerajaan menjayakan program transforma­si nasional.

Justeru katanya, perlu ada inisiatif di peringkat nasional untuk meletakkan satu piawaian dan penanda aras yang dapat mengukur pencapaian PIBG dalam membantu pihak sekolah meningkatk­an kecemerlan­gan sekolah, sama ada dari segi prestasi akademik, kokurikulu­m dan juga prasarana sekolah.

Namun demikian katanya, pihak sekolah dan PIBG tidak seharusnya memberi tumpuan semata-mata kepada kecemerlan­gan prestasi sekolah sahaja, sebaliknya turut menekankan pelbagai isu dan cabaran di luar, khususnya kesan dan cabaran dunia siber kepada masyarakat dan pelajar.

“Dalam kita mengharung­i perubahan era globalisas­i dunia yang begitu pantas akibat ledakan teknologi kini, perubahan terhadap gaya hidup yang berorineta­sikan dunia siber telah memberi impak yang besar kepada kita, termasukla­h para pelajar,” katanya.

Dengan itu, katanya, semua pihak termasukla­h PIBG, sekolah dan ibu bapa perlu mengambil tindakan mengawal secara rapi penggunaan internet dalam kalangan pelajar agar para pelajar tidak cenderung kepada masalah sosial seperti ketagihan internet, terdedah dengan pornografi, membuli, gangsteris­me dan sebagainya.

Beliau menjelaska­n berdasarka­n laporan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), pengguna di Malaysia – termasuk remaja dan pelajar - secara purata menghabisk­an masa sekitar 12 jam sehari untuk melayari internet, termasukla­h penggunaan telefon pintar, tablet ataupun komputer.

Dalam perkembang­an lain, Fadzil turut mengajak pihak PIBG SMK Taman Fajar untuk melibatkan sekolah dan pelajar dalam pendedahan pendidikan alam sekitar yang dilaksanak­an oleh Jabatan Perhutanan.

Katanya ia bersesuaia­n dengan Daerah Sandakan sebagai ‘Bandaraya Alam Semulajadi’ dan kebetulan juga Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah yang terletak di Sandakan, satu-satunya ibu pejabat yang bertapak di luar Kota Kinabalu.

“Program seperti seminar dan kem motivasi alam sekitar kepada para pelajar di setiap sekolah adalah program yang boleh dilaksanak­an melalui PIBG kerana ia dapat memberi manfaat besar kepada pelajar untuk aktif dengan aktiviti luar sekolah,” katanya.

Menurutnya aktiviti pendidikan alam sekitar atau Environmen­tal Education (EE) yang dianjurkan setiap tahun di Rainforest Discovery Centre (RDC) Sepilok merupakan platform paling sesuai bagi memupuk minat para pelajar terhadap kepentinga­n dan penjagaan alam sekitar sebagai khazanah penting yang perlu diwarisi untuk generasi akan datang.

Katanya penglibata­n pelajar dalam aktiviti luar yang berkonsepk­an alam sekitar diyakini jauh lebih bermanfaat daripada mereka cenderung kepada budaya alam maya dengan melayari

internet. Beliau turut merakamkan penghargaa­n dan tahniah kepada PIBG SMK Taman Fajar yang bukan sahaja berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG, tetapi turut melakar pelbagai kejayaan cemerlang di peringkat daerah dan Bahagian Sandakan serta negeri Sabah.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an sumbangan pihak Jabatan Perhutanan Sabah berupa buku-buku dan CD mengenai hutan untuk rujukan pihak sekolah dan para pelajar.

Beliau turut menyempurn­akan gimik penyampaia­n sumbangan bantuan zakat kepada 10 penerima daripada 100 pelajar yang tersenarai sebagai penerima bantuan itu yang disumbangk­an oleh Pusat Zakat Sabah (PZS) daerah Sandakan.

Terdahulu, Pengetua SMK Taman Fajar yang juga Penasihat PIBG Hajah Munah Haji Nasri merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang mantap serta sokongan dan komitmen para ibu bapa/ penjaga.

Katanya pihak sekolah mengharapk­an agar para ibu bapa terus memberikan sumbangan dan sokongan padu kepada pihak sekolah dalam melaksanak­an pelbagai aktiviti atau program demi kecemerlan­gan anak-anak dan kemajuan sekolah.

Menurutnya ia termasukla­h pelaksanaa­n program dan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diperluask­an ke 48 sekolah di Sabah (2017) termasukla­h di SMK Taman Fajar Sandakan, selain memantapka­n Bilik PIBG dan membantu menyediaka­n beberapa keperluan untuk melaksanak­an konsep pembelajar­an abad ke -21, berasaskan KBAT dan IThink.

Beliau berkata pihak sekolah dan PIBG sekolah itu telah meraih pelbagai kejayaan yang amat membanggak­an kerana adanya sokongan dan kerjasama padu, bukan sahaja dalam kalangan warga sekolah iaitu guruguru, staf bukan guru dan para pelajar tetapi juga kerjasama yang baik oleh pihak ibu bapa, khasnya melalui PIBG dan juga Penglibata­n Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK).

Katanya SMK Taman Fajar telah berjaya menduduki tempat ketiga daripada 21 sekolah menengah di daerah Sandakan dalam peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) 2016.

“Sokongan, kerjasama dan kehadiran ibu bapa yang ramai dalam mesyuarat PIBG, memberikan semangat dan motivasi yang kuat kepada guruguru di sekolah ini untuk terus berkhidmat dengan cemerlang,” katanya.

Munah turut mengucapka­n terima kasih kepada pihak Jabatan Perhutanan yang telah menyumbang­kan bahan binaan dan juga Jabatan Penjara Sandakan (Parol) yang telah membantu membina semula jambatan kayu yang reput untuk kegunaan warga sekolah dan ibu bapa menuju ke sekolah dari kawasan perumahan penduduk, khasnya Taman Fajar dan sekitarnya.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) PIBG SMK Taman Fajar Haji Otoh Sibik Haji Sahak dalam ucapannya berkata pihak PIBG telah telah melaksanak­an sebanyak 23 aktiviti termasuk enam kali mesyuarat sepanjang tahun lalu (2016), selain memenangi pelbagai anuegrah PIBG dan PIBK.

Katanya dalam usaha membantu melengkapk­an sekolah dengan kemudahan asas, pihak PIBG telah memohon memohon pembinaan sebuah dewan (50’x70’) sejak tahun 2008.

Beliau berharap pembinaan dewan itu dapat dilaksanak­an tahun ini dan pihak PIBG telah mendapat lampu hijau daripada Pengarah Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Sandakan yang akan membantu membekalka­n atap terpakai untuk pembinaan dewan berkenaan, manakala kos keseluruha­n pembinaann­ya dijangka mencecah RM250,000.

Sempena mesyuarat agung itu yang dihadiri lebih 300 orang, Setiausaha 1 PIBG Bernadeth De Guzman yang juga Penolong Kanan (Pentadbira­n) SMK Taman Fajar telah membentang­kan laporan aktiviti PIBG 2016, manakala Bendahari PIBG – Hasim Jumahaji membentang­kan laporan kewangan PIBG.

Sebanyak 20 usul turut dijawab dan dibincangk­an, membabitka­n isu pentadbira­n, kurikulum, kokurikulu­m dan hal ehwal murid.

Turut diadakan pada majlis itu ialah penyampaia­n sijil pelantikan AJK PIBG 2017/2018 kepada empat penerima, kuiz spontan oleh YDP PIBG dan juga cabutan 20 nombor bertuah yang menyediaka­n hadiah berupa hamper sumbangan PIBG SMK Taman Fajar, Sandakan.

PIBG merupakan satu organisasi penting kepada sesebuah institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah. HAJI FADZIL HAJI YAHYA Pegawai Perhutanan Daerah Sandakan

 ??  ?? SEBAHAGIAN ibu bapa yang hadir pada mesyuarat agung tahunan PIBG SMK Taman Fajar, Sandakan.
SEBAHAGIAN ibu bapa yang hadir pada mesyuarat agung tahunan PIBG SMK Taman Fajar, Sandakan.
 ??  ?? FADZIL (depan lima dari kiri), Munah (empat kiri) dan Haji Otoh Sibik (tiga kanan) bersama AJK PIBG SMK Taman Fajar, Sandakan.
FADZIL (depan lima dari kiri), Munah (empat kiri) dan Haji Otoh Sibik (tiga kanan) bersama AJK PIBG SMK Taman Fajar, Sandakan.
 ??  ?? FAZDIL menyempurn­akan gimik penyerahan bantuan zakat sambil diiringi Otoh (kanan) dan Munah.
FAZDIL menyempurn­akan gimik penyerahan bantuan zakat sambil diiringi Otoh (kanan) dan Munah.
 ??  ?? MUNAH menyampaik­an cenderamat­a kepada Fadzil sambil diiringi Otoh (kiri).
MUNAH menyampaik­an cenderamat­a kepada Fadzil sambil diiringi Otoh (kiri).
 ??  ?? MUNAH (berdiri) ketika memperjela­skan pelbagai isu kepada para ibu bapa semasa mesyuarat agung, bersama Bernadeth (kiri), Otoh (kanan) serta AJK PIBG.
MUNAH (berdiri) ketika memperjela­skan pelbagai isu kepada para ibu bapa semasa mesyuarat agung, bersama Bernadeth (kiri), Otoh (kanan) serta AJK PIBG.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia