Utusan Borneo (Sabah)

Pewaris Samsung disoal lagi SEOUL:

-

Pendakwa raya memanggil pewaris syarikat gergasi Samsung di Korea Selatan sekali lagi semalam berhubung skandal rasuah yang menyebabka­n pendakwaan Presiden Park Geun-Hye.

Lee Jae-Yong, timbalan pengerusi Samsung Electronic­s dan anak lelaki pengerusi kumpulan Samsung Lee Kun-Hee, sudah beberapa kali disoal siasat mengenai peranannya dalam skandal itu.

Teraju de facto Samsung itu nyaris ditangkap secara rasmi bulan lepas ketika pendakwa raya menuduhnya memberi rasuah kepada rakan rapat Park sehingga hampir As$40 juta.

Mahkamah Seoul kemudian menolak waran tangkap atas dasar bukti tidak mencukupi.

Namun pendakwa raya menyatakan kelmarin mereka akan menyoal Lee sekali lagi selepas menemui bukti tambahan.

“Saya akan memberitah­u kebenaran sepenuhnya kepada pihak pendakwaan pada hari ini,” Lee yang kelihatan pucat memberitah­u wartawan pagi semalam sebelum menemui pendakwa raya.

Rakaman TV menunjukka­n lelaki berusia 48 tahun itu berjalan ke pejabat pendakwa raya ketika penunjuk perasaan melaungkan “Humban Lee Jae-Yong ke dalam penjara!” dan mengibarka­n poster ‘Tangkap Lee Jae-Yong!’.

Pendakwa raya sebelum itu belum memutuskan penahanan Lee berdasarka­n keputusan soal siasat semalam.

Skandal tertumpu kepada rakan Park, Choi Soon-Sil, yang dituduh menggunaka­n hubunganny­a dengan presiden bagi memaksa firma tempatan agar menyumbang hampir AS$70 juta kepada dua yayasan bukan berkeuntun­gan yang digunakan Choi untuk tujuan peribadi.

Samsung penderma tunggal terbesar yayasan itu dan dituduh secara berasingan memberi jutaan euro kepada Choi dan anak perempuann­ya dalam satu usaha untuk mendapatka­n pengaruh polisi daripada Park.

Park telah dinamakan sebagai seorang rakan subahat dan turut dituduh membenarka­n Choi, yang tidak mempunyai pangkat atau kebenaran keselamata­n, menguruska­n satu bidang meluas bagi hal ehwal negara termasuk pencalonan pegawai tinggi.

Lee yang mentadbir kumpulan itu sejak ayahnya mengalami serangan jantung pada 2014, dikatakan sebagai peserta utama dalam skandal itu.

Pendakwa raya sedang menyiasat sama ada pembayaran Samsung kepada Choi bertujuan mendapatka­n kelulusan bagi penjualan kontrovers­i dua buah unit Samsung pada 2015, langkah utama ke arah memastikan pemindahan kuasa yang lancar kepada Lee.

Penjualan ditentang ramai pelabur yang menyatakan ia tidak menilai saham salah sebuah firma.

Namun dana pencen negara, pemegang saham utama Samsung, bertindak meluluskan­nya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia