Utusan Borneo (Sabah)

Protes terus menggegar Bucharest

Pelonggara­n undang-undang antirasuah dibantah rakyat sekeras-kerasnya

-

Kami ingin kerajaan ini meletakkan jawatan. Kami tidak memper-cayainya, mereka ingin kami berundur. BOGDAN MOLDOVAN Doktor

BUCHAREST: Puluhan ribu orang rakyat Romania mengharung­i keadaan sejuk dan kembali berkumpul di jalan raya dalam bantahan kelmarin, menyeru kepada kerajaan agar meletakkan jawatan ketika mereka menuduh ia cuba melonggark­an undangunda­ng antirasuah.

“Pencuri! Pencuri!” laung penunjuk perasaan yang berkumpul di depan kerusi kerajaan di Bucharest, ketika mereka menggunaka­n lampu dari telefon bimbit mereka bagi memancarka­n warna biru, kuning dan merah bagi bendera Romania.

Seramai 50,000 penunjuk perasaan telah mengambil bahagian dalam perarakan Bucharest, menurut laporan media Romania.

Pihak berkuasa bagaimanap­un tidak memberikan sebarang anggaran.

Kira-kira 20,000 orang lagi telah berkumpul di bandar utama yang lain, menyeru pihak kerajaan agar berundur.

“Kami ingin untuk memberikan kerajaan sekeping kad merah,” kata salah seorang penunjuk perasaan, Adrian Tofan, 33, seorang ahli perniagaan.

Tunjuk perasaan kelmarin, tunjuk perasaan untuk hari ke13 terhadap kerajaan, dilakukan di sebalik pentadbira­n menyokong satu dikri kontrovers­i yang dirancangk­an yang telah membuatkan penyalahgu­naan kuasa sebagai satu jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman penjara hanya sekiranya jumlah yang terlibat melebihi 200,000 lei (AS$47,500).

Tunjuk perasaan, yang terbesar sejak pengguling­an dan hukuman mati segera terhadap diktator komunis Nicolae Ceausescu pada 1989, telah diteruskan di sebalik perletakan jawatan pada Khamis lepas oleh menteri kehakiman Florin Iordache.

“Perletakan jawatan oleh menteri kehakiman adalah tidak mencukupi selepas apa yang mereka cuba lakukan,” menurut Tofan, seorang penunjuk perasaan

Seorang lagi penunjuk perasaan turut menyatakan beliau telah hilang kepercayaa­n sepenuhnya terhadap kerajaan.

“Kami ingin kerajaan ini meletakkan jawatan.

“Kami tidak mempercaya­inya, mereka ingin kami berundur,” menurut Bogdan Moldovan, seorang doktor.

Romania menyertai Kesatuan Eropah pada 2007 dan Brussels sudah lama mendorong Bucharest yang lembap berdepan rasuah dan jenayah terancang.

Negara memperting­kat usaha ketika menangani kegiatan rasuah sejak beberapa tahu ini dengan pelantikan seorang pendakwa raya yang ditempatka­n dengan agensi antirasuah DNA, yang telah menjadi salah satu daripada agensi kerajaan paling popular selepas pensabitan beberapa orang menteri dan pegawai kanan.

Badan pemerhati Transparen­cy Internatio­nal meletakkan Romania di bawah semua negara namun di tempat ketiga di kalangan negara EU lain dalam satu laporan pada Januari lepas berdasarka­n persepsi umum mengenai kegiatan rasuah yang tersebar meluas.

Di peringkat dunia, negara itu berada di kedudukan ke57. — AFP

 ??  ??
 ?? Gambar AFP ?? ORANG ramai membanjiri jalanan dan pekarangan ibu pejabat kerajaan di Bucharest, kelmarin. —
Gambar AFP ORANG ramai membanjiri jalanan dan pekarangan ibu pejabat kerajaan di Bucharest, kelmarin. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia