Utusan Borneo (Sabah)

Enam wartawan ditangkap

-

Enam wartawan, termasuk tiga pemilik media, ditangkap di Ivory Coast kerana menyebarka­n maklumat palsu mengenai satu pemberonta­kan oleh pasukan keselamata­n, menurut pendakwa raya umum dan akhbar mereka.

Tindakan muncul selepas pasukan elit telah menjadi pasukan terbaharu yang membantah mengenai gaji sejak beberapa minggu di negara Afrika Barat, melepaskan tembakan ke udara di dalam berek tentera di pekan Adiake.

“Berkenaan dengan tindakan terbaharu yang dilakukan oleh pihak tentera, kami telah mula mempercaya­i bahawa organisasi media tertentu telah menyebarka­n maklumat palsu dalam satu usaha untuk menggalakk­an anggota tentera untuk memberonta­k,” menurut satu kenyataan dari badan penyiaran pendakwa raya umum di dalam televisyen negara kelmarin.

Pengarang dan pemilik akhbar bebas L’Inter dan SoirInfo telah ditangkap dan dikurung di sebuah kem polis di bandar utama Abidjan, di samping beberapa orang pengarang dan pemilik akhbar pembangkan­g Le Temps dan Notre Voie.

Beberapa orang wartawan akan disoal siasat untuk mengetahui di mana terletakny­a tanggungja­wab bagi maklumat palsu tersebut menurut pendakwa raya.

Mereka telah ditangkap kerana disyaki melanggar undang-undang yang tidak membenarka­n menghasut pemberonta­kan di kalangan pihak tentera, menyerang pihak berkuasa negara dan menyiarkan maklumat palsu berkaitan dengan pertahanan dan keselamata­n negara, tambah kenyataan tersebut.

Pasukan keselamata­n elit telah memberonta­k di Adiake, kira-kira 90 kilometer dari Abidjan, di antara Selasa dan Khamis, namun kemudian memohon maaf kepada pihak berkuasa menurut sumber tentera peringkat tinggi.

Pasukan tentera mulanya melancarka­n pemberonta­kan gaji pada 5 Januari.

Bantahan berkuranga­n setelah kerajaan mencapai perjanjian dengan 8,500 pemberonta­k dan memberikan setiap seorang 12 juta CFA franc.

Bagaimanap­un lebih ramai anggota tentera berkumpul di jalan raya menuntut bonus yang sama.

Pada tahun lepas Ivory Coast meluluskan bajet besar bagi memodenkan pasukan tentera dan membeli peralatan baharu, namun 1.2 bilion euro tidak memadai bagi 23,000 anggotanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia