Utusan Borneo (Sabah)

Maxis perluas cawangan untuk memodenkan saluran telekomuni­kasi di Sabah dan Sarawak

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR : Sejak dua tahun lalu, Maxis dilihat telah telah melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan kedai di seluruh Sabah dan Sarawak yang bertempat di bandar-bandar utama dan pusat membeli belah.

Pada tahun 2016 sahaja, sebanyak 12 rangkaian cawangan kedai Maxis telah dibuka sebagai sebahagian daripada inisiatif saluran revolusi telekomuni­kasi yang lebih baik kepada pelanggann­ya. Penambahan cawangan ini juga merupakan salah satu usaha Maxis bagi meluaskan dan mengukuhka­n rangkaian liputan 4G di Malaysia Timur.

Premis cawangan baru Maxis ini terletak di Plaza Merdeka (Kuching), Permaisuri Imperial City (Miri), Bintulu Sentral dan Fajar Complex (Tawau). Ini adalah tambahan kepada lapan cawangan lain yang mempunyai keupayaan transaksi prabayar dan pasca bayar. Kedai-kedai ini terletak di Fajar Centre (Lahad Datu), Mall Sandakan Giant (Sandakan), Servay Hypermarke­t (Tawau) dan Financial Park Podium (Labuan) di Sabah. Manakala di Sarawak pula, cawangan kedai ini terletak di Bintang Megamall (Miri), Repok Road (Sarikei), Star Mega Mall (Sibu) dan Jalan Kapitan (Sri Aman).

Ketua Jualan Dan Servis Maxis, Tan Lay Han, berkata, kami bercita-cita untuk transforma­sikan Maxis menjadi salah sebuah pemboleh digital dan sekaligus membolehka­n pelanggan kami berinterak­si dengan kami secara digital.

“Objektif Maxis adalah untuk menyediaka­n pelanggan kami pelbagai produk dan servis dan pada masa yang sama meningkatk­an antara muka digital besamasama dengan penambahan penyelesai­an masalah,”

“Kami amat berbangga dengan pencapaian Maxis setakat ini dan akan terus membuat penambahba­ikan supaya kita boleh bersedia untuk menerima permintaan masa depan pelanggan pelanggan kami ,” katanya.

Hasil daripada inisiatif transforma­si saluran Maxis, interaksi bersama pelanggan Maxis menjadi lebih lancar apabila berurusan dengan pelanggan. Pada Q3 2016, Maxis telah mencapai keputusan sebanyak 90% dalam menyelesai­kan masalah serta-merta sekaligus meningkatk­an kepuasan pelanggan yang tinggi.

Menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai pasaran pertumbuha­n utama, Maxis secara agresif memperluas­kan cawangan di bandar-bandar utama Malaysia Timur dan kini hadir dalam semua pusat utama di rantau ini.

Cawangan ini menawarkan perkhidmat­an Maxis dan Hotlink penuh dengan pelbagai pilihan peranti yang terdapat di Zerolution, Melalui Zerolution, pelanggan boleh mendapatka­n maklumat tentang peranti 4G terkini mengenai rangkaian yang terbaik.

 ??  ?? PELANGGAN boleh memilih dari pelbagai jenis peranti dan aksesori, dan mengetahui lebih lanjut mengenai peranti pilihan mereka demo sebenar di cawangan Maxis.
PELANGGAN boleh memilih dari pelbagai jenis peranti dan aksesori, dan mengetahui lebih lanjut mengenai peranti pilihan mereka demo sebenar di cawangan Maxis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia