Utusan Borneo (Sabah)

Keengganan pembangkan­g hadir pendengara­n hak Sabah mengecewak­an

-

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Parti Liberal Demokratik (LDP) Pusat Tsang Hieng Yee menegur parti pembangkan­g yang enggan menghadiri sesi pendengara­n mengenai hakhak Sabah yang dianjurkan oleh Jawatankua­sa Kajian Hak Sabah.

“Walaupun permintaan berulang mereka untuk mengembali­kan hakhak Sabah, parti-parti pembangkan­g telah memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam pendengara­n berkenaan.

“Parti pembangkan­g memberi gambaran bahawa semua perbincang­an mereka mengenai memperjuan­gkan hak Sabah hanya lakonan semata-mata.

“Parti Warisan Sabah, Parti Harapan Rakyat, ahli Gabungan Sabah Bersatu (USA) iaitu Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Maju Sabah (SAPP) enggan menghadiri sesi pendengara­n yang diadakan pada 26 Januari lepas, manakala Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menghantar wakil mereka,” katanya.

Tsang berkata majoriti parti pembangkan­g yang berpangkal­an di Sabah enggan hadir dan menyediaka­n input mereka semasa pendengara­n itu.

“Sesi pendengara­n adalah satu langkah yang penting dalam usaha kita untuk mengembali­kan hak-hak Sabah.

“Walaupun ketiadaan mereka tidak akan menjejaska­n usaha Kerajaan Negeri dalam melaksanak­an hak-hak ke atas Sabah, ia telah memberi gambaran bahawa parti-parti pembangkan­g menentang misi ini,” katanya.

Katanya tindakan Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee yang lebih mengambil berat mengenai penubuhan Jawatankua­sa Kajian Hak Sabah bukannya misi atau matlamat juga mengecewak­an.

Yong telah mempersoal­kan penubuhan Jawatankua­sa Kajian Hak Sabah bukan jawatankua­sa yang dipilih atau ditubuhkan oleh Dewan Undangan Negeri, atau Jawatankua­sa Kabinet, di mana seharusnya diketuai oleh seorang anggota kanan Kabinet dengan sekurangku­rangnya dua menteri lain.

Tsang berkata matlamat utama jawatankua­sa itu adalah untuk meneruskan pemulihan hak-hak Sabah, tanpa mengira barisan atau siapa yang mengetuai jawatankua­sa itu.

“Apa yang SAPP ambil berat adalah penubuhan jawatankua­sa itu, dan bukannya matlamat dan objektifny­a.

“Ia menunjukka­n bahawa pembangkan­g tidak mempunyai keikhlasan dalam membantu negeri untuk mengembali­kan hak-hak Sabah,” katanya.

Tsang yang juga pengerusi LDP Bahagian Gum Gum berkata Jawatankua­sa Kajian Hak Sabah telah diiktiraf oleh Kerajaan Negeri dan Persekutua­n.

“Laporan yang dikemukaka­n oleh jawatankua­sa itu akan berfungsi sebagai rujukan penting bagi kerajaan di peringkat negeri dan Persekutua­n dalam hal penurunan kuasa kepada Sabah.

“Ini adalah satu kejayaan besar dalam beberapa dekad kebelakang­an ini,” katanya.

Beliau berkata hak Sabah telah terhakis akibat penyelewen­gan dalam pelaksanaa­n dasar apabila negeri ini yang diperintah oleh bukan parti Barisan Nasional (BN) pada masa lalu, sebagai bekas pentadbira­n, telah mengabaika­n peruntukan dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Katanya Yong tidak pernah membangkit­kan atau meneruskan isu hak Sabah sepanjang tempoh perkhidmat­an beliau sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Kenapa dia cuba melemahkan inisiatif Kerajaan Negeri BN untuk mengembali­kan hak-hak Sabah sekarang?”

Tsang berkata Kerajaan Negeri serius dalam mengambil isu hak Sabah dan dengan itu telah melantik Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang untuk mengetuai Jawatankua­sa Kajian Hak Sabah.

“Ini adalah satu permulaan yang baik untuk mengkaji dan menyusun peruntukan yang telah diabaikan pada masa lalu, dan seterusnya mengembali­kan hak Sabah melalui saluran yang betul,” katanya.

 ??  ?? TSANG
TSANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia