Utusan Borneo (Sabah)

Bukit Bongol semakin popular

30 ahli keluarga Pak Samit berjaya tawan puncak

- (Artikel sumbangan WANGSA)

BUKIT Bongol Kota Belud semakin popular kini dengan ramai pengembara­an di daerah koboi ini bertumpu ke bukit yang mempunyai panorama mempesona daerah pertanian terletak 48 batu di utara ibu negeri.

Pada Ahad, sekumpulan anggota keluarga Pak Samit Rauf berjaya menawan puncak bukit itu.

Seramai 30 anggota keluarga yang buat pertama kali membuat pendakian itu turut termasuk kanakkanak bersama ibu bapa mereka.

Difahamkan, keluarga Pak Samit adalah keluarga pertama yang mengatur pendakian itu.

Bukit Bongol sebuah banjaran terdiri daripada lebih 10 puncak bukit dan yang tertinggi adalah Bukit Bongol.

Sejak akhir-akhir ini, pengembara segenap lapisan di Kota Belud menjadikan tumpuan ke destinasi itu yang dahulu hanya melalui Kampung Mandap tapi kini ada laluan baharu dari Pirasan yang lebih jauh dan mencabar.

Menurut Cikgu Ijeng dan suami yang menyertai ekspedisi itu, pengajaran daripada pendakian yang mencabar itu adalah seseorang pendaki memerlukan persiapan mental dan fizikal.

Dr Zaiton jadi pendorong kepada kumpulan itu. Bagaimanap­un, ramai yang lebih awal buat keputusan tiada kali kedua akan membuat pendakian mencabar itu yang terlalu sukar.

Kerana gambaran terlalu mencabar dan laluan yang sukar, pihak berwajib diminta memperbaik­i laluan seperti membina tangga-tangga memudahkan perjalanan di tempat yang sukar dan berbahaya.

Saranan itu wajar kerana Bukit Bongol kini menjadi produk pelanconga­n yang punyai pesona tersendiri.

Di kejauhan pelantar minyak di perairan laut sekitar Pulau Mantanani dan panorama sungaisung­ai, sawah luas terbentang dan khazanah alam yang jadi tarikan, amat jelas ditinjau dari puncak Bukit Bongol.

Menurut Dr Zaiton, mereka berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulanny­a terdiri daripada sebahagian besar kaum ibu dan beliawanis terpaksa mengikut laluan melalui Kampung Mandap yang dekat tapi kawasan itu curam.

“Perjalanan melalui laluan itu lebih kondusif kerana terlindung daripada terik matahari dengan meredah hutan sepanjang perjalanan.

Laluan melalui Kampung Pirasan terdedah kepada panas matahari dan jarak perjalanan yang lebih jauh,” kata Puan Siti.

“Kami terpaksa juga berhati-hati kerana laluan itu walau pendek berbanding laluan Kampung Pirasan tapi jurang yang dalam juga berbahaya terutama kepada kami yang terlalu kepenatan,” tambah ibu kepada tiga anak itu.

Manakala kumpulan yang memilih jalan pulang melalui Kampung Pirasan juga berdepan kesukaran dengan terik matahari yang agak ekstrim.

Berbekal semangat yang kuat, segala kepayahan dapat dilalui dengan tabah dan anggota kumpulan berpuas hati berjaya menawan Bukit Bongol.

 ??  ?? ANTARAkelu­argaPakSam­ityang ikut mendaki misi pendakian Bukit Bongol.
ANTARAkelu­argaPakSam­ityang ikut mendaki misi pendakian Bukit Bongol.
 ??  ?? ANTARA panaroma yang menarik ditinjau dari Bukit Bongol.
ANTARA panaroma yang menarik ditinjau dari Bukit Bongol.
 ??  ?? ANTARA pendaki keluarga Pak Samit di Bukit Bongol.
ANTARA pendaki keluarga Pak Samit di Bukit Bongol.
 ??  ?? PERSIAPAN kumpulan sebelum mendaki.
PERSIAPAN kumpulan sebelum mendaki.
 ??  ?? MENURUNI curam ke Kampung Mandap.
MENURUNI curam ke Kampung Mandap.
 ??  ?? BANYAK rimbunan pohon.
BANYAK rimbunan pohon.
 ??  ?? LALUAN yang menarik.
LALUAN yang menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia