Utusan Borneo (Sabah)

Adele akui mulanya bimbang lagu ‘Hello’ akan gagal

-

PENYANYI Adele, yang memenangi lima Anugerah Grammy pada Ahad, berkata dia sebenarnya bimbang lagu hit global yang sangat menyentuh perasaan berjudul ‘Hello’ nyanyianny­a akan gagal.

Bercakap kepada wartawan di gala industri muzik berkenaan, penyanyi balada Inggeris itu berkata dia bergelut dengan ‘writer’s block’ semasa dia menarik diri dari dunia muzik untuk membesarka­n anak lelakinya.

Pada akhirnya, ‘Hello’ memenangi kedua-dua Rekod Terbaik dan Lagu Terbaik. Lagu itu dimuatkan dalam album ‘25’, yang memenangi Album Terbaik.

“Saya benar-benar merasai tekanan semasa menulis ‘25’ dan untuk jangka waktu yang lama sepanjang proses itu, saya tidak benar-benar menemui suara saya, dan saya tidak tahu jika saya akan menemuinya di penghujung­nya,” katanya.

Adele berkata dia takut iklan 2015 di televisyen British yang menampilka­n ‘Hello’ akan bertukar menjadi “satu bencana yang mahal” dan bahawa pendengar tidak akan mengenalin­ya atau ambil peduli.

Dalam lagu yang sentiasa ada itu, Adele berkata “hello from the other side” -- di mana dia berusaha untuk mencapai seseorang dari masa lalunya untuk meminta maaf.

“Ia adalah sisi lain sebagai seorang dewasa; sisi lain dari hubungan saya dengan kawan-kawan dan bekas teman lelaki saya,” katanya.

“Saya tidak tahu jika saya terputus hubungan dengan ramai kawan saya kerana kemasyhura­n yang saya ada sekarang,” kata Adele sambil menambah bahawa lagu itu turut menyentuh tentang datuknya, yang meninggal dunia 18 tahun yang lepas.

Dengan kemenangan­ya pada Ahad itu, Adele menjadi artis pertama yang memenangi dalam ketigatiga kategori utama dalam jurang masa dua tahun.

‘25’ adalah album terlaris dalam dekad terakhir dengan pengecuali­an album ‘21’ beliau, yang mencapai kemenangan yang sama pada 2012.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia