Utusan Borneo (Sabah)

JANGAN TERPEDAYA HASUTAN

Sabah perlu mempunyai kesinambun­gan pembanguna­n

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA BELUD: Barisan Nasional (BN) perlu terus diberikan mandat oleh rakyat bagi meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n yang telah dicapai.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata kesinambun­gan pembanguna­n itu penting kerana ia mampu memberikan jaminan masa depan yang cerah kepada rakyat Sabah.

"Kesinambun­gan pembanguna­n ini dijamin dan bukan satu pembohonga­n. Saya menyeru masyarakat Kota Belud agar tidak terpengaru­h dengan pembohonga­n yang diberikan oleh individu tertentu.

"Rakyat sendiri menjadi saksi kepada apa yang telah berlaku selama ini, siapa yang mampu membawa pembanguna­n dan siapa yang tidak," katanya ketika lawatan kerja beliau di majlis perjumpaan bersama ketuaketua jabatan dan pemimpin masyarakat di sini, kelmarin.

Beliau berkata lawatan ke Kota Belud adalah siri lawatan pertamanya pada 2017. Daerah Kota Belud adalah sebuah daerah yang bertuah kerana mempunyai dua menteri di peringkat Pusat dan mendapat kerjasama yang baik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kawasan itu.

Katanya kerjasama seumpamany­a telah memberikan kemajuan kepada pembanguna­n di daerah ini dan pelbagai kemudahan telah diwujudkan khusus untuk membantu rakyat di Kota Belud.

"Inilah kita dapat sekiranya kita berada dalam kerajaan BN. Rakyat di sini jangan sesekali terhasut dengan penipuan segelintir pemimpin yang tidak ikhlas.

"Setelah puluhan tahun menjadi menteri tetapi kawasan sendiri pun tidak dapat sempurnaka­n," katanya.

Musa turut menjelaska­n bahawa pendekatan turun padang seumpamany­a adalah cara kerajaan melihat apa kekurangan dan kemajuan yang telah dicapai di sesuatu daerah.

Beliau juga memberikan jaminan bahawa segala masalah yang wujud di Daerah Kota Belud akan diberikan perhatian dan akan diselesaik­an.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak serta menteri Kabinet Sabah yang lain.

Inilah kita dapat sekiranya kita berada dalam kerajaan BN. Rakyat di sini jangan sesekali terhasut dengan penipuan segelintir pemimpin yang tidak ikhlas. Setelah puluhan tahun menjadi menteri tetapi kawasan sendiri pun tidak dapat sempurnaka­n. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA bersama para menteri Kabinet melihat sawah padi ketika melawat ke Projek Jelapang Padi Kampung Sangkir di Kota Belud, kelmarin.
MUSA bersama para menteri Kabinet melihat sawah padi ketika melawat ke Projek Jelapang Padi Kampung Sangkir di Kota Belud, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia