Utusan Borneo (Sabah)

Hubungan baik Sabah, kerajaan Pusat jamin pembanguna­n positif

-

KOTA BELUD: Hubungan baik yang terjalin di antara kerajaan negeri dan Pusat telah memberikan pembanguna­n yang pesat kepada Sabah khususnya di Daerah Kota Belud.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak berkata Sabah mempunyai Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang sering bekerjasam­a dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Hubungan seumpamany­a membolehka­n kerajaan Pusat membantu kerajaan negeri dalam pembanguna­n demi kebaikan rakyat.

"Saya menyeru kepada masyarakat di sini agar tidak terpengaru­h dengan segelintir ahli politik yang 'bankrap' kononnya mengadakan jelajah di seluruh Sabah untuk memburuk-burukan kerajaan yang ada kini," katanya ketika dalam lawatan kerja Ketua Menteri di majlis perjumpaan bersama ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat di sini, kelmarin.

Beliau berkata Kota Belud berkembang maju di bawah pemerintaa­n Barisan National (BN) dan raykat perlu berhati-hati dengan ahli politik yang sengaja datang untuk menggugat kesatuan yang dicapai.

"Dahulu, ahli politik ini pernah menjadi menteri, kononnya dia berjuang untuk rakyat Sabah, tetapi ketika dia menjadi menteri Kabinet, adakah dia berjuang?

"Jangan terpengaru­h dengan siri jelajah mereka yang 'syok sendiri', mengeluark­an video klip dan sebagainya, tetapi saya tahu bahawa rakyat Sabah bukan mudah terpengaru­h," katanya.

Salleh berkata kesetiaan perlu diberikan kepada satu pemimpin sahaja yang boleh memberikan kemajuan pembanguna­n kepada negara khususnya Sabah.

Katanya konsep satu ketua satu pemimpin sekiranya diamalkan, sudah pasti negara akan mencapai status negara maju.

"Kita juga telah bersiap sedia untuk 'bertarung' dengan pihak pembangkan­g tidak kira siapa mereka," katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman serta menteri Kabinet yang lain. -

 ??  ?? MUSA (tiga kanan) dan Salleh (kanan) ketika melawat Pameran Sistem Security & Integrated Flood Operation Network (SAIFON) di Dewan Masyarakat Tun Said, kelmarin.
MUSA (tiga kanan) dan Salleh (kanan) ketika melawat Pameran Sistem Security & Integrated Flood Operation Network (SAIFON) di Dewan Masyarakat Tun Said, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia