Utusan Borneo (Sabah)

Tiga keluarga hilang tempat tinggal, rumah musnah dalam kebakaran

Rumah musnah dalam kebakaran petang kelmarin

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Tiga keluarga di Kampung Limbawan, di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang Isnin.

Timbalan Penguasa Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Zon Keningau Ariffin Harris berkata sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam, seramai 28 anggota bomba dan dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya dua rumah berdekatan tempat kejadian turut terkena kesan api kebakaran itu yang hampir memusnahka­n rumah terbabit.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya operasi memadam kebakaran tamat kira-kira jam 4.30 petang.

Pada masa sama, Ariffin menasihati orang awam agar mengambil langkah-langkah keselamata­n bagi mengelak kejadian sama berulang pada masa akan datang.

Sementara itu, mangsa kebakaran rumah Nurfadilah Registly @Ghazali, 27, berkata semasa kejadian, beliau dan anak-anak yang sedang tidur di bilik terhidu bau asap lalu keluar untuk melihatnya.

“Apabila ternampak api sedang marak, saya dan dua orang anak bersama suami bergegas keluar untuk menyelamat­kan diri... tiada apa yang dapat kami selamatkan kerana api marak dengan cepat,” jelasnya.

Sementara itu, jiran yang melihat kejadian itu, Nuridah Zakaria, 52, berkata pada masa kejadian, dia yang ketika itu berada di rumah terdengar orang melolong untuk meminta tolong lalu pergi melihat apa yang sedang berlaku.

“Apabila saya ternampak api sedang marak di rumah sebelah, saya dengan pantas keluar dari rumah untuk menyelamat­kan diri,” katanya.

Katanya kesan daripada kebakaran itu, sebahagian dinding kayu rumahnya terbakar terkena bahang api.

Apabila ternampak api sedang marak, saya dan dua orang anak bersama suami bergegas keluar untuk menyelamat­kan diri...tiada apa yang dapat kami selamatkan kerana api marak dengan cepat. NURFADILAH REGISTLY @GHAZALI, 27 Mangsa kebakaran

 ??  ?? 14 Februari 2017 Harga RM1.20
14 Februari 2017 Harga RM1.20
 ??  ?? KESAN bahang api hampir memusnahka­n rumah berhampira­n tempat kejadian.
KESAN bahang api hampir memusnahka­n rumah berhampira­n tempat kejadian.
 ??  ?? MANGSA kebakaran rumah sedang dipapah oleh ahli keluargany­a.
MANGSA kebakaran rumah sedang dipapah oleh ahli keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia