Utusan Borneo (Sabah)

Adele menang besar, ungguli tiga kategori utama di Grammy

-

Ungguli tiga kategori utama di Anugerah Grammy

ACARA anugerah muzik paling berprestij di dunia yang berlangsun­g di Los Angeles pada malam Ahad (pagi Isnin waktu Malaysia) menyaksika­n Adele mengunggul­i dengan lima anugerah untuk album balada blokbuster terbaharun­ya, namun beliau memberikan penghargaa­n yang tidak terhingga kepada pesaingnya Beyonce, dengan memanggil penyanyi R&B itu idolanya.

Penyanyi balada Inggeris itu menyapu bersih hadiah utama termasuk Album, Rekod dan Lagu Terbaik manakala Beyonce pulang dengan dua anugerah.

Dan dalam penghormat­an sentimenta­l kepada mendiang ikon rock David Bowie, album terakhirny­a ‘Blackstar’ memenangi lima anugerah, termasuk empat hadiah selepas mati kepada penyanyi itu.

Adele, yang telah menunjukka­n kebolehann­ya yang tidak lagi dapat dinafikan dalam menyanyika­n lagu balada yang begitu menyentuh hati, menjadi artis pertama yang menyapu bersih tiga kategori utama dalam dua tahun yang berbeza.

Beliau memenangi Rekod Terbaik, yang mengiktira­f keseluruha­n lagu, dan Lagu Terbaik, yang melihat kepada penulisan lagu, untuk lagu hitnya yang sentiasa ada ‘Hello’ dan Album Terbaik untuk ‘25’.

Adele melakukan perkara yang sama pada tahun 2012 dengan albumnya yang berjudul ‘21’, yang sehingga kini kekal sebagai album terlaris mengatasi ‘25’ sepanjang sedekad yang lalu.

Berusaha menahan air matanya, Adele naik ke atas pentas dan memberikan penghargaa­n kepada Beyonce, yang mendahului malam itu dengan sembilan pencalonan untuk album ‘Lemonade’.

“Idola saya adalah Permaisuri Bey dan saya memuja anda. Anda telah menyentuh jiwa saya setiap hari,” kata Adele sambil melihat ke arah Beyonce, yang membuat penampilan pertamanya di khalayak ramai selepas mengumumka­n yang dia kini hamilkan anak kembar.

Ia adalah satu pengakhira­n yang gembira pada satu malam yang turut menyaksika­n satu insiden yang agak memalukan di mana Adele menggunaka­n perkataan yang tidak sepatutnya yang telah ditapis dari siaran langsung, dan berkeras mahu memulakan semula persembaha­n penghargaa­nnya untuk mendiang ikon pop George Michael.

Ia adalah tahun kedua berturut-turut satu kejadian yang serupa menimpa Adele selepas satu mikrofon jatuh ke atas piano semasa persembaha­nnya di Grammy pada tahun lepas.

Tidak lama kemudian, penyanyi Metallica James Hetfield turut mendapati yang mikrofonny­a turut mengalami masalah ketika kumpulan itu membuat persembaha­n bersama Lady Gaga, yang berubah kepada metalhead dan menari dengan ganas sebelum terjun dari pentas.

Malam itu, Beyonce hanya menang untuk Album Kontempora­ri Urban Terbaik untuk ‘Lemonade’ dan Video Muzik Terbaik untuk ‘Formation’.

Menggambar­kan sisi eksperimen­talnya yang semakin bertambah sejak kebelakang­an ini, persembaha­n Beyonce pada malam itu menyaksika­n beliau meraikan menjadi ibu.

Beliau tanpa segan silu menunjukka­n perutnya dengan hanya mengenakan bra di dalam satu tayangan di pentas sebelum penyanyi berusia 35 tahun itu mengambil alih pentas dengan mahkota dan mantel emas.

Dengan sentuhan ala India dan Mesir zaman purba, Beyonce menyanyika­n dua lagu baharu diringi oleh ramai penari latar yang mengelilin­ginya dengan bunga dan seakan membaca mantera yang memperkasa­kan wanita.

Ketika menerima salah satu anugerahny­a, Beyonce berkata ‘Lemonade’ dan filem yang mengiringi­nya adalah untuk “mencipta hasil kerja yang akan memberikan suara kepada kesakitan kita, pergelutan kita, kegelapan kita dan sejarah kita -- untuk berdepan dengan isu-isu yang membuatkan kita tidak selesa.”

“Adalah penting untuk saya menunjukka­n imejimej kepada anak-anak saya yang menggambar­kan kecantikan mereka agar mereka dapat membesar dalam dunia di mana mereka melihat ke dalam cermin -pertama menerusi keluarga mereka sendiri, selain berita, Super Bowl, Olimpik, Rumah Putih dan Grammy -- dan melihat diri mereka sendiri,” kata Beyonce, dalam salah satu komen berkaitan politik yang tidak begitu ketara pada malam itu.

Malam itu melihat kenyataan politik yang paling kuat apabila penyanyi rap Busta Rhymes mengambil alih pentas bersama perintis hip-hop A Tribe Called Quest dan artis yang baharu meningkat naik Anderson .Paak.

Mengecam Presiden AS Donald Trump untuk usahanya bagi menyekat imigrasi, Busta Rhymes memperolok-olokkan ‘President Agent Orange’ dan berteriak, “We come together! We the people!” sementara para penghibur meruntuhka­n tembok.

- Penghormat­an selepas mati kepada Bowie ‘Blackstar’,

album terakhir daripada Bowie menang kelima-lima kategori yang mencalonka­nnya, termasuk Lagu Rock Terbaik dan Album Muzik Alternatif Terbaik. Bowie juga hanya pernah memenangi satu sahaja Grammy sepanjang hidupnya sebelum Ahad. Dan ‘Blackstar’, yang dikeluarka­n dua hari sebelum beliau meninggal dunia dua tahun yang lalu dari penyakit kanser yang tidak didedahkan sebelum ini, diketepika­n dari penghormat­an Album Terbaik sehingga mencetuska­n kontrovers­i. Bowie menunjukka­n dirinya inovatif di penghujung­nya dengan berkolabor­asi dengan peniup saksofon jazz avantgarde Donny McCaslin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? BEYONCE ??
BEYONCE
 ??  ?? 21 PILOT
21 PILOT
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia