Utusan Borneo (Sabah)

Kim bangga jayakan ujian misil, desak mesyuarat PBB

Pengesahan Utara desak mesyuarat segera Majlis Keselamata­n PBB

-

SEOUL: Korea Utara semalam menyatakan ia telah berjaya menguji misil balistik baharunya, sekali gus mencetuska­n seruan Amerika Syarikat (AS) untuk mesyuarat segera Majlis Keselamata­n PBB.

Pemimpin Kim Jong-Un amat berpuas hati setelah memiliki satu lagi cara serangan nuklear yang amat berkuasa yang meningkatk­an lagi kekuatan negara, menurut agensi berita rasmi KCNA.

Misil tersebut dilancarka­n kelmarin dekat bandar barat Kusong dan terbang kirakira 500 kilometer ke timur sebelum jatuh ke dalam Laut Jepun (Laut Timur), menurut kementeria­n pertahanan Korea Selatan.

Gambar serahan KCNA menunjukka­n misil itu dilancarka­n ke langit dengan Kim tersenyum di pusat perintah dan berdiri di padang pelancaran dikeliling­i puluhan anggota tentera dan saintis yang bersorak.

Ia menyatakan Kim sendiri memimpin persiapan untuk ujian kelmarin yang digambarka­n sebagai Pukguksong-2 jarak jauh darat ke darat, sejenis sistem baharu senjata jenis strategik ala Korea.

KCNA berkata, misil itu dijana enjin bahan api pejal, yang memerlukan tempoh pengisian semula bahan api yang lebih singkat berbanding misil konvension­al janaan bahan api cecair, menurut Yun Duk-Min dari institut kendalian kerajaan Institut Keselamata­n dan Hal Ehwal Asing di Seoul.

“Ia tidak memberi masa amaran yang banyak sekali gus lebih mengancam musuh,” katanya sambil menambah, misil sedemikian sukar dikesan sebelum pelancaran­nya oleh pemantauan satelit.

Pengumuman terbaharu Pyongyang adalah yang pertama kali menyebut tentang Pukguksong­2, walaupun Ogos lepas ia menguji misil balistik pelancaran kapal selam (SLBM) yang dinamakan Pukguksong-1 (Bintang Utara).

Kim berkata ketika itu bahawa misil tersebut yang dilancarka­n ke arah Jepun, turut meletakkan tanah besar AS dan Pasifik dalam jarak letupannya.

Pegawai tentera Korea Selatan memberitah­u wartawan bahawa Pukguksong-2 telah dilancarka­n menggunaka­n teknologi sama ‘pelancaran sejuk’ yang digunakan semasa ujian SLBM tahun lepas.

Cara itu, yang dianggap lebih selamat dan mudah untuk menyembuny­ikan lokasi pelancaran asalnya, menyaksika­n misil mulanya dilancarka­n gas tepu sebelum enjinnya hidup dalam perjalanan.

Korea Utara mendakwa telah membangunk­an misil balistik antara benua (ICBM) yang mampu sampai ke tanah besar AS, tetapi misil jarak paling panjang pernah diujinya adalah misil jarak pertengaha­n Musudan yang secara teorinya mampu sampai di pangkalan AS di Guam.

Kebanyakan misil tersebut bagaimanap­un gagal termasuk yang terkini Oktober lalu apabila meletup sejurus pelancaran.

AS, Jepun dan Korea memberi respons kepada pengesahan Utara itu dengan menyeru mesyuarat segera Majlis Keselamata­n PBB untuk membincang­kan pelancaran tersebut.

Majlis dijangka mengadakan rundingan semalam. — AFP

Ia tidak memberi masa amaran yang banyak sekali gus lebih mengancam musuh,” katanya sambil menambah, misil sedemikian sukar dikesan sebelum pelancaran­nya oleh pemantauan satelit. YUN DUK-MIN Institut Keselamata­n dan Hal Ehwal Asing di Seoul

 ??  ?? ORANG ramai menonton laporan berita di TV mengenai pelancaran misil Korea Utara luar pantai timurnya di sebuah stesen kereta api di Seoul, kelmarin. — Gambar Reuters
ORANG ramai menonton laporan berita di TV mengenai pelancaran misil Korea Utara luar pantai timurnya di sebuah stesen kereta api di Seoul, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia