Utusan Borneo (Sabah)

Motivasi tingkat semangat murid murid

116 murid Tahun Enam SK Pekan Satu ikuti Program Interaksi Ibu Bapa dan Murid 116 murid Tahun Enam SK Pekan Satu ikuti Program Interaksi Ibu Bapa dan Murid

-

LABUAN: Seramai 116 murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Pekan Satu telah mengikuti Program Interaksi Ibu Bapa dan Murid 2017 yang diadakan di Dewan SKPS Paling Manang, Sabtu lalu.

Mereka merupakan murid yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017 pada September tahun ini.

Program yang dianjurkan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dan Unit Kurikulum itu dikendalik­an Pengarah Urusan dan Perunding Motivasi MBK Dynamics Consultant Haji Mohd Makhtar Imam Haji Nor.

Turut hadir, Guru Besar Jaafar Haji Matusin, Penolong Kanan Pentadbira­n Shawal Abd Rahman dan guru-guru Tahun Enam.

Jaafar berkata motivasi itu yang turut dihadiri ibu bapa bertujuan meningkatk­an lagi semangat dan usaha murid serta ibu bapa bagi menghadapi UPSR pada tahun ini.

Selain itu, katanya, untuk meningkatk­an keyakinan diri murid bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaa­n itu.

“Dorongan dan semangat yang diberikan ibu bapa merupakan salah satu elemen penting untuk memastikan murid memperoleh­i keputusan cemerlang pada UPSR 2017,” katanya.

Beliau mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada guru-guru Tahun Enam yang bertungkus lumus mengadakan program tahunan itu.

Beliau yakin hasil kerja keras dan komitmen guruguru di samping sokongan dan kerjasama padu ibu bapa menerusi PIBG, hasrat untuk melihat pencapaian cemerlang dalam UPSR pada tahun ini akan tercapai.

“Selaras dengan slogan ‘SKPS Paling Manang’, murid Tahun Enam SK Pekan Satu 2017 bakal melakar keputusan cemerlang sepertiman­a yang diharapkan ibu bapa dan guru-guru,” katanya.

Pada tahun ini, sekolah itu menyasarka­n 15 murid akan memperoleh­i 6A dalam UPSR.

Sementara itu, Makhtar menasihatk­an guru-guru dan ibu bapa agar sentiasa bersungguh-sungguh mendidik murid-murid yang satu hari nanti akan menjadi pemimpin di pelbagai peringkat di negara ini khususnya Labuan.

Beliauyaki­nguru-guruyang sememangny­a mempunyai sikap dedikasi dan berwibawa mampu merealisas­ikan hasrat ibu bapa itu.

Makhtar berkata dengan penglibata­n dan sokongan padu ibu bapa terhadap program akademik anjuran sekolah itu, hasrat untuk melihat lebih ramai murid SK Pekan Satu memperoleh­i keputusan 6A akan tercapai.

“Murid juga harus mempunyai niat dan tekad untuk belajar bersungguh­sungguh dan mahu menjadi orang yang berjaya kerana mahu mengubah nasib ibu bapa pada masa akan datang,” katanya.

Majlis perasmian penutup disempurna­kan oleh Yang Dipertua PIBG Muslim Mustapha.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Permuafaka­tan Ibu Bapa PPKI Azhar Sabar.

Pada majlis itu, Awg Mohd Adam Addlif Ag Khalif mengetuai majlis lafaz ikrar murid manakala lafaz ikrar ibu bapa diketuai Mahrazi Mardan.

Dorongan dan semangat yang diberikan ibu bapa merupakan salah satu elemen penting untuk memastikan murid memperoleh­i keputusan cemerlang pada UPSR 2017. JAAFAR HAJI MATUSIN Guru Besar

 ??  ?? (Gambar atas) MOHD Adam mengetuai lafaz ikrar sempena Program Interaksi Ibu Bapa dan Murid 2017.
(Gambar atas) MOHD Adam mengetuai lafaz ikrar sempena Program Interaksi Ibu Bapa dan Murid 2017.
 ??  ?? JAAFAR, Makhtar, Muslim dan Shawal bersama calon UPSR SK Pekan Satu 2017.
JAAFAR, Makhtar, Muslim dan Shawal bersama calon UPSR SK Pekan Satu 2017.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ibu bapa yang hadir di Dewan CUN.
SEBAHAGIAN ibu bapa yang hadir di Dewan CUN.
 ??  ?? MURID tekun mendengar ceramah motivasi.
MURID tekun mendengar ceramah motivasi.
 ??  ?? MUSLIM (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Makhtar diperhatik­an dari kiri Azhar, Shawal dan Jaafar.
MUSLIM (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Makhtar diperhatik­an dari kiri Azhar, Shawal dan Jaafar.
 ??  ?? MAHRAZI mengetuai lafaz ikrar ibu bapa diperhatik­an Jaafar.
MAHRAZI mengetuai lafaz ikrar ibu bapa diperhatik­an Jaafar.
 ??  ?? MAKHTAR menyampaik­an motivasi kepada ibu bapa dan murid SK Pekan Satu.
MAKHTAR menyampaik­an motivasi kepada ibu bapa dan murid SK Pekan Satu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia