Utusan Borneo (Sabah)

Adiq Husainie tarik diri daripada LTDL

-

KUALA LUMPUR: Pemilik jersi putih perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016, Mohd Adiq Husainie Othman tidak akan mempertaha­nkan gelaran itu selepas menarik diri daripada edisi 2017.

Ini disahkan Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalal yang menjelaska­n Mohd Adiq Husainie menarik diri berikutan mengalami kecederaan.

Menurutnya ketiadaan pelumba Terengganu Cyling Team (TSG) itu dijangka menjadikan perebutan jersi putih kali ini lebih terbuka.

Emir percaya pelumba KSPO dari Korea Selatan serta beberapa peserta lain dari Indonesia mampu menjadikan perebutan jersi putih kali ini tetap menarik.

“KSPO menghantar enam pelumba terbaik mereka dan ada juga beberapa pelumba Indonesia yang akan mengambil bahagian tahun ini...jadi perebutan jersi putih tetap terbuka.

“Saya percaya ada juga kemungkina­n seorang pelumba asing yang mewakili pasukan benua Malaysia, mampu meraih jersi putih tapi tentunya dia bukan pelumba tempatan,” kata Emir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Kumpulan BMW Malaysia sebagai penaja jersi putih serta rakan automatif rasmi LTdL 2017, di sini kelmarin.

Malaysia menampilka­n tiga pasukan untuk perlumbaan edisi ini iaitu TSG, skuad kebangsaan dan Sapura yang akan membuat penampilan sulung di LTdL.

Sementara itu, Emir berkata pihaknya masih dalam proses memuktamad­kan senarai pelumba kerana masih ada perubahan pada saat-saat akhir oleh pasukan yang mengambil bahagian kerana masalah kecederaan atau strategi mereka.

“Jumlah pasukan dan senarai pelumba dijangka dapat dimuktamad­kan sebelum majlis pengenalan pasukan pada 21 Feb ini di Kuala Terengganu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Komunikasi Kumpulan BM W Malaysia, Sashi Ambi berkata syarikat tersebut gembira terlibat dalam perlumbaan tersebut dengan menyediaka­n kira-kira 200 kereta Mini Cooper Countryman dan kereta BMW pelbagai model serta motosikal untuk LTdL kali ini dari 22 Feb hingga 1 Mac. - Bernama

 ??  ?? KETUA Komunikasi Korporat Kumpulan BMW Malaysia Sashi Ambi (tiga, kiri) bergambar bersama Emir (dua, kanan) pada majlis penyerahan kenderaaan rasmi oleh BMW sempena Le Tour de Langkawi Malaysia 2017, kelmarin. - Gambar BERNAMA
KETUA Komunikasi Korporat Kumpulan BMW Malaysia Sashi Ambi (tiga, kiri) bergambar bersama Emir (dua, kanan) pada majlis penyerahan kenderaaan rasmi oleh BMW sempena Le Tour de Langkawi Malaysia 2017, kelmarin. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia