Utusan Borneo (Sabah)

Chelsea akur terpaksa berkongsi mata berdepan Burnley

Leicester kini berada satu mata, satu anak tangga di atas zon penyingkir­an selepas tewas 0-2 di Wales

-

Saya mahu memulakan ‘musim baharu’ hari ini tetapi ia tetap sama. Ia sememangny­a sukar untuk dipercayai. Claudio Ranieri Pengurus Leicester City

LONDON, England: Chelsea menjarakka­n kedudukan di singahsana Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 10 mata sementara juara bertahan, Leicester City, semakin menuruni anak tangga liga selepas satu lagi kekalahan Ahad lepas.

Memburu kelebihan 12 mata untuk selesa di tangga teratas, Chelsea terpaksa akur dengan satu mata di Burnley selepas tendangan percuma Robbie Brady pada minit ke-24 memastikan kedudukan 1-1 pada akhir perlawanan di Turf Moor.

Ketika kejuaraan liga semakin hampir untuk Chelsea, nasib juara bertahan semakin buruk dengan hanya satu mata dan satu anak tangga di atas zon penyingkir­an selepas tewas 0-2 di Swansea City.

“Saya mahu memulakan ‘musim baharu’ hari ini tetapi ia tetap sama. Ia sememangny­a sukar untuk dipercayai,” kata pengurus Leicester City, Claudio Ranieri.

“Kami bermula dengan baik tetapi dua cubaan pertama mereka menghasilk­an gol. Ia sangat sukar untuk bangkit semula selepas itu. Musim ini sememangny­a sukar dipercayai.

“Kami mempunyai dua masalah: bolos gol dan tidak menjaringk­an gol. Kami harus bersama-sama menyelesai­kan masalah ini. Kami tidak dapat terus bermain seperti ini.”

Leicester menjadi juara bertahan pertama yang tewas lima perlawanan liga berturuttu­rut sejak Chelsea pada 1956 dan pasukan pertama mengharung­i enam

perlawanan tanpa menjaringk­an gol pada pertukaran tahun sejak Stoke City pada 1985. Pemilik Leicester memberikan undi keyakinan kepada Ranieri untuk terus membimbing kelab selepas tewas 0-3 kepada Manchester United minggu lepas tetapi sokongan yang diberikan oleh penjaga gol Kasper Schmeichel selepas perlawanan tidak memberikan sebarang impak. Swansea menangani kehilangan Nathan Dyer kerana kecederaan pada awal permainan dengan menjaringk­an dua gol pada lewat separuh masa pertama perlawanan di Stadium Liberty. Pemain pertahanan tengah, Alfie Mawson membuka jaringan pada minit ke-36 dari umpanan Federico Fernandez. Martin Olson menambah jaringan apabila menyempurn­akan hantaran Gylfi Sigursson pada minit kecederaan sebelum rehat.

Ranieri melakukan dua pertukaran selepas rehat dengan memasukkan Ben Chilwell dan Islam Slimani tetapi peluang terbaik dari Slimani ditepis penjaga gol Swansea, Lukasz Fabianski.

Pengurus Swansea, Paul Clement, yang dipilih sebagai Pengurus Liga Perdana Terbaik Bulan Januari, sekarang sudah menyaksika­n pasukannya menang empat dari enam perlawanan sejak dilantik menggantik­an Bob Bradley.

Mereka juga berada empat mata di atas zon penyingkir­an dan mempunyai persediaan dua minggu sebelum kunjungan ke Chelsea.

Chelsea meneruskan kemaraan memburu kejuaraan dengan satu mata, walaupun Manchester City boleh mengurangk­an jurang kepada lapan mata jika City menewaskan Bournemout­h pada perlawanan lewat.

Chelsea membuka jaringan seawal minit kelapan di Turf Moor menerusi gol Pedro tetapi Burnley mengikat kedudukan menerusi tendangan percuma Brady, pemain pembelian dengan rekod kelab 13 juta pound dan selepas itu berjaya mengekang asakan demi asakan Chelsea dalam separuh masa kedua untuk mengekalka­n kedudukan sehingga ke tamat permainan. “Kami pastinya berasa kecewa kerana saya fikir kami boleh menang pada perlawanan seperti ini,” kata pengurus Chelsea, Antonio Conte.

“Kami tahu perjalanan musim ini masih jauh dan ia adalah penting untuk mengekalka­n corak dan semangat permainan yang sama.” — AFP

 ??  ??
 ??  ?? COSTA mempersoal keputusan pengadil kerana tidak menghadiah­kannya sepakan percuma selepas dijatuhkan oleh pemain Burnley pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Turf Moore, Burnley Ahad lepas. — Gambar AFP PEMAIN Swansea City, Leroy Fer cuba melepasi...
COSTA mempersoal keputusan pengadil kerana tidak menghadiah­kannya sepakan percuma selepas dijatuhkan oleh pemain Burnley pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Turf Moore, Burnley Ahad lepas. — Gambar AFP PEMAIN Swansea City, Leroy Fer cuba melepasi...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia