Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Merentas Desa MSSWPL 2017

Kejohanan Merentas Desa MSSWPL 2017

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Bebuloh (SKB) dan Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL) muncul juara keseluruha­n kategori sekolah rendah dan sekolah menengah di Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) 2017.

SK Bebuloh muncul johan kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 12 Tahun. Kejayaan itu merupakan kemenangan buat kali ketiga sekolah berkenaan.

Naib johan keseluruha­n sekolah rendah ialah SK Lubok Temiang dan ketiga SK Pantai.

Manakala naib johan sekolah menengah disandang SMK Labuan dan ketiga SMK Taman Perumahan Bedaun.

Kontinjen SM Sains Labuan menjuarai kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun serta naib juara Lelaki dan Perempuan Bawah 15 Tahun.

Bagi kategori Lelaki Bawah 12 Tahun, naib johan disandang SK Lubok Temiang (SKLT) dan tempat ketiga SK Pantai.

SK Pantai pula menduduki tempat kedua kategori Perempuan Bawah 12 Tahun manakala tempat ketiga disandang SK Lubok Temiang.

SMK Labuan muncul juara kategori Lelaki Bawah 15 manakala tempat ketiga SMK Taman Perumahan Bedaun.

Bagi kategori Perempuan Bawah 15, johan dimenangi SMK Mutiara manakala ketiga SM St Anne.

Naib johan kategori Lelaki Bawah 18 diraih Kolej Vokasional Labuan dan ketiga SMK Taman Perumahan Bedaun.

SMK Labuan menduduki tempat kedua kategori Perempuan Bawah 18 Tahun dan tempat ketiga SM St Anne.

Seramai 198 peserta menyertai kategori sekolah rendah mewakili 17 sekolah manakala kategori sekolah menengah disertai 216 peserta daripada 10 sekolah.

Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) 2017 diadakan di Padang Majal, Pancur Hitam, Kampung Pohon Batu, Sabtu lalu.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Asbolla Amit yang mewakili Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Turut menyampaik­an hadiah ialah Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Labuan Muhamad Shukri Said dan Guru Besar SK Bebuloh Dayang Damit Md Yassin selaku penganjur kejohanan itu pada tahun ini.

Hadir sama, Ketua Unit Sukan Ag Nohd Zain Ag Anak, guru besar dan pengetua, penolong-penolong kanan kokurikulu­m serta ibu bapa.

Kejohanan itu diadakan untuk memilih atlet terbaik bagi mewakili MSS Labuan ke peringkat kebangsaan yang bakal diadakan di Selangor pada 9-12 Mac depan.

Dalam ucapannya, Asbola berharap peserta yang terpilih akan menjalani latihan secara serius di bawah kendalian jurulatih yang berpengala­man.

Beliau berharap mereka akan memberikan saingan yang sengit kepada peserta dari seluruh negara pada bulan hadapan.

Asbola turut merakamkan ucapan penghargaa­n kepada AJK pengelola yang berjaya menganjurk­an kejohanan itu dan berharap menerusi kejohanan itu, kerjasama erat yang ditunjukka­n akan berterusan pada acara dan program yang lain.

“Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat kepada anak-anak sama ada di peringkat sekolah, negeri mahupun kebangsaan,” katanya.

Saya berharap peserta yang terpilih akan menjalani latihan secara serius di bawah kendalian jurulatih yang berpengala­man dan memberikan saingan yang sengit kepada peserta dari seluruh negara pada bulan hadapan. ASBOLLA AMIT Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n

 ??  ?? (lima kiri) bersama guru besar dan pengetua yang turut hadir pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Kejohanan Merentas Desa MSSWP Labuan 2017.
(Gambar kanan) ASBOLA menyampaik­an hadiah kepada wakil pasukan Perempuan Bawah 18 Tahun SM Sains Labuan.
(lima kiri) bersama guru besar dan pengetua yang turut hadir pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Kejohanan Merentas Desa MSSWP Labuan 2017. (Gambar kanan) ASBOLA menyampaik­an hadiah kepada wakil pasukan Perempuan Bawah 18 Tahun SM Sains Labuan.
 ??  ?? ASBOLA
ASBOLA
 ??  ?? ATLET dan jurulatih SM Sains Labuan meraikan kejayaan mereka meraih kejuaraan buat kali ketujuh berturut-turut di Kejohanan Merentas Desa MSSWP Labuan 2017.
ATLET dan jurulatih SM Sains Labuan meraikan kejayaan mereka meraih kejuaraan buat kali ketujuh berturut-turut di Kejohanan Merentas Desa MSSWP Labuan 2017.
 ??  ?? PASUKAN Sekolah Kebangsaan Bebuloh muncul juara kategori sekolah rendah Kejohanan Merentas Desa MSSWP Labuan 2017. Turut kelihatan Dayang Damit (kiri).
PASUKAN Sekolah Kebangsaan Bebuloh muncul juara kategori sekolah rendah Kejohanan Merentas Desa MSSWP Labuan 2017. Turut kelihatan Dayang Damit (kiri).
 ??  ?? MAHAMAD Shukri menyampaik­an hadiah kepada wakil SMK Labuan yang menjuarai kategori Lelaki Bawah 15 Tahun.
MAHAMAD Shukri menyampaik­an hadiah kepada wakil SMK Labuan yang menjuarai kategori Lelaki Bawah 15 Tahun.
 ??  ?? PASUKAN SMK Labuan menduduki tempat kedua keseluruha­n. Turut kelihatan Pengetuany­a, Ismail Abdullah (belakang enam kiri).
PASUKAN SMK Labuan menduduki tempat kedua keseluruha­n. Turut kelihatan Pengetuany­a, Ismail Abdullah (belakang enam kiri).
 ??  ?? (Gambar atas) ATLET SK Lubok Temiang menerima trofi dan sijil daripada Mahamad Shukri sambil diperhatik­an Dayang Damit.
(Gambar atas) ATLET SK Lubok Temiang menerima trofi dan sijil daripada Mahamad Shukri sambil diperhatik­an Dayang Damit.
 ??  ?? GURU-GURU bertugas di garisan penamat di Pantai Pancur Hitam, Sabtu lalu.
GURU-GURU bertugas di garisan penamat di Pantai Pancur Hitam, Sabtu lalu.
 ??  ?? (Gambar atas) ATLET SMK Taman Perumahan Bedaun menerima hadiah daripada Asbola.
(Gambar atas) ATLET SMK Taman Perumahan Bedaun menerima hadiah daripada Asbola.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta sekolah rendah yang mengambil bahagian.
SEBAHAGIAN peserta sekolah rendah yang mengambil bahagian.
 ??  ?? SK Pantai menduduki tempat ketiga keseluruha­n.
SK Pantai menduduki tempat ketiga keseluruha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia