Utusan Borneo (Sabah)

Ranieri sedia ketepi barisan bintangnya

-

LONDON, England: Pengurus Leicester City, Claudio Ranieri mencadangk­an bahawa beliau bersedia untuk menggugurk­an beberapa pemain yang pernah membantu kelab memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris ketika cuba mengelak penyingkir­an pasukannya dari liga hanya selepas satu musim muncul juara.

Leicester masih belum menang dan juga menjaringk­an sebarang gol pada enam perlawanan liga pada tahun ini dan tewas 0-2 kepada Swansea City Ahad lepas.

Kekalahan terbaharu itu menyebabka­n mereka hanya satu mata dan satu anak tangga di atas zon penyingkir­an.

Apabila ditanya oleh wartawan sekiranya beliau terlalu setia dengan pemain dari musim lepas, Ranieri berkata: “Mungkin juga. Sudah tentu ia sukar apabila anda mencapai sesuatu yang hebat, anda mahu memberikan mereka satu, dua atau tiga lagi peluang. Mungkin sekarang, ia sudah terlalu banyak.

“Sudah tentu saya harus mengubah sesuatu kerana ia mustahil untuk terus dengan keputusan seperti ini. Kami mempunyai dua masalah – bolos gol dan tidak menjaringk­an gol. Semua orang cuba berkata sesuatu yang positif untuk membantu sesama mereka tetapi selepas itu, kami tetap menamatkan permainan dengan kekalahan.

“Saya sentiasa mempersoal­kan diri saya tetapi kemudian saya juga sentiasa berkata ‘bangkitlah, bersama-sama kita boleh melakukan sesuatu yang baik’.”

Jamie Vardy dan Riyad Mahrez, yang menandatan­gani kontrak baharu tahun lepas dengan media British mendakwa bernilai 110,000 pound seminggu, adalah paling kurang menyerlah musim ini dan mungkin melihat kedudukan mereka dalam kesebelasa­n utama dalam bahaya, bersama-sama dengan seorang lagi pemain menyerlah musim lepas, Danny Drinkwater.

Prestasi buruk mendadak Leicester mungkin boleh menyaksika­n mereka menjadi juara liga pertama yang disingkirk­an dari liga utama sejak Manchester City pada 1938.

Ranieri mencadangk­an saingan mengelak penyingkir­an adalah lebih penting berbanding dua lagi pertanding­an yang masih disertai oleh mereka – Liga Juara-Juara dan Piala FA Inggeris.

Sabtu ini, Leicester akan menentang Millwall pada perlawanan pusingan kelima Piala FA Inggeris dan diikuti perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Sevilla.

“Sekarang ada beberapa perlawanan akan menanti kami, jadi kami harus mencari satu penyelesai­an dengan segera,” kata beliau. “Ada dua perlawanan penting di hadapan kami, satu Piala FA dan satu lagi Liga Juara-Juara tetapi sasaran kami adalah Liga Perdana.

“Ia adalah penting untuk terus tabah. Sekarang kami sudah 10 jam tanpa menjaringk­an gol dan kami harus mencari penyelesai­an kerana saya tidak dapat bayangkan situasi lebih buruk lagi dari musim ini.”

Minggu lepas, Ranieri mendapat undi kepercayaa­n dari pemilik kelab tetapi sekiranya pasukannya terus gagal mencapai keputusan positif, pemilik kelab mungkin tidak dapat bersabar lagi. — Reuters

 ??  ?? RANIERI (kanan) berjabat tangan dengan pengurus Swansea, Paul Clement sebaik tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty, Wales pada Ahad lepas. — Gambar Reuters
RANIERI (kanan) berjabat tangan dengan pengurus Swansea, Paul Clement sebaik tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Liberty, Wales pada Ahad lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia